Sabda Rasulullah SAW
"Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai."
aku nak cari dunia,, nak tlg mak aku, adik bradik aku, sdare mare aku, anak2 yatim mcm aku,, ramai lagi laa yg aku nak tlg.. anjingkah aku??"
Hati saya tersentak.
Fikiran saya diserbu persoalan, "Salahkah dengan apa yang aku coretkan?"
Cepat-cepat saya membalas pertanyaannya. Menjelaskan perkara yang sebenar bahawa ianya adalah perumpamaan. Namun, negatif pula balasannya. Seolah-olah tidak berpuas hati. Menyuruh saya berfikir dengan baik sebelum 'post' kan sesuatu pada wall. Saya abaikan kata-katanya kerana saya punya matlamat sendiri. Namun, saya raikan juga pendapatnya kerana sudut pandangannya mungkin berbeza. Tidak mengapa.. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan.
"Dunia ini sarat dengan cerita manusia. Dipenuhi fitnah dan pendustaan. Pengkhianatan menjadi tunjang impian setiap tipu daya. Sedangkan dunia ini ibarat bangkai yang dihurungi lalat. Dan lalat itu ibarat manusia yang terlalu mencintai dunia."Pei Pan by Ramli Awang Mursyid.
Perjalanan kita didunia ini akan dipenuhi dengan ujian dan ianya akan mendatangi kita dari segenap arah. Kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang. Kita tidak akan dapat lari daripada ditimpa ujian. Namun, bukankah ALLAH telah berfirman bahawa Dia akan menguji hambaNya sebelum terbukti keimanan. Dan dunia itu adalah tempat untuk ujian. Lihatlah dunia disekeliling pembaca, ceritakan kepada saya bagaimana hal keadaannya. Cukup menyedihkan bukan? Kerana itulah Rasulullah mengibaratkan dunia ini ibarat bangkai. Rugilah manusia yang begitu rakus dengan kehidupan dunia tanpa ada secangkir pun keinginan untuk negeri akhirat. Bila tiada keimanan di dalam hati, nafsu akan merajai hati dan akhirnya jahanamlah pengakhiran manusia itu kerana runtunan nafsu.
(Imam Alghazali dalam kitab, Rahsia Mengenal Nafsu dan Cara Mengawalnya.)"Binatang akan memenuhi keinginan nafsunya di mana sahaja pun, dan bolehlah ia akan merasa cukup dengan itu. Tetapi, manusia tidak akan merasa cukup kecuali harus dengan orang tertentu, sehingga akan menjadi hina serta mengabdi dengan sepenuh pengabdian, dan sehingga akal pun harus ditundukkan untuk mengabdi kepada keinginan nafsu itu sedang ia dicitakan untuk dipatuhi dan tidak mengabdi kepada keinginan nafsu."
Justeru, tidak salah untuk mencari dunia, namun jangan dilupakan akhirat kerana hidup didunia ini terlalu singkat lalu hidup diakhirat itulah yang akan kekal abadi. Neraka atau Syurga? Bergantung kepada rahmat kasih-sayangNya. Telah digariskan ciri-ciri manusia yang akan menghuni Syurga dan Neraka, maka buatlah pilihan yang paling tepat sementara nyawa belum dimintaNya.
Dunia itu penuh tipu daya. Andai terjerat, sukar untuk
melepaskan diri kecuali dengan rahmat Ilahi.
No comments:
Post a Comment