Thursday, December 30, 2010

Adab-adab dengan sahabat



Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian, maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih daripada hajat dirinya.

Menolong sahabat dgn diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehandak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.

Menyembunyikan rahsia sahabat.



Menutup keaiban sahabat.

Berdiam drpd menyampaikan perkataan org lain yg mencela sahabatnya.



Menyampaikan segala perkataan org lain yg memuji akan sahabatnya.

Mendengarkan dgn baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap.

Meninggalkan berbantah dgn sahabatnya.

Memanggil sahabatnya dgn nama terlebih disukainya.

Memuji sahabatnya dgn apa yg diketahui drpd kebaikannya.


Berterima kasih kpd sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.

Memberi nasihat dengan cara yg lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehandak menasihati sahabatnya.

Memaafkan drpd sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya. Maka janganlah ia mencelanya.


Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun selepas ia mati.

Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas kematian sahabatnya.

Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan drpdnya supaya ia sentiasa berasa senang hati kpdnya.

Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukai hati sahabatnya, dan menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.


Menyamakan antara hakikat kecintaan yg wujud di dlm hati dgn apa yang nampak di luar, maka dengan ini barulah kecintaan ini diaggap benar.

Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.

Meluaskan tempat duduk kpd sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.

Hendaklah bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika keluar ia dr rumahnya.

Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap, sehingga ia selesai drpd percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.




Rujukan:
Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali [halaman 180] 

     Click Me~

Tuesday, December 28, 2010

Air Mata Seorang Wanita

Sejak akhir-akhir ini, mudah benar rasanya air mata merembes keluar. Kadang-kadang perkara yang kecil pun, mudah benar hati ini tersentuh. Mungkin inilah fitrah wanita. Air mata mampu mengurangkan beban yang ada didalam hati. Apatah lagi, muncul seorang hamba Allah yang sudi membantu menghulurkan bantuan kepada masalah yang tidak pernah diri ini berkongsi dengan insan yang lain. Bila terbit lafaz,

"Ana tak boleh berjanji. Tapi, kita boleh berusaha untuk merubah."

Subhanallah, itu baru lafaz yang masih tidak pasti, tetapi cukup untuk memberi ketenangan kepada hati. Laju air mata mengalir. Entah mengapa.. 

Saya bertemu dengan artikel ini, namun saya tidak pasti dari mana sumber yang sahih berkenaan ungkapan dibawah, samaada hadith qudsi atau sekadar rekaan cendikiawan tertentu. Namun, bagus untuk dijadikan renungan.

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
 "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
  "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

"Ya Allah.. Aku bersyukur kerana masih mampu menangis. Dan indahnya andai tangisan ini lahir kerana takut dan cinta akanMu. Selamatkan kami daripada azab neraka, dengan air mata yang terbit keranaMu.."

Monday, December 27, 2010

Menjadi Diri Sendiri


Bila jauh meneroka alam maya ini, menerobos laman web, blog dan membaca penulisan mereka membuatkan diri ini tercabar untuk meneruskan jihad dalam medan penulisan ini. Puluhan idea menerawang memenuhi ruang minda, meminta untuk diluahkan. Tetapi, masalah untuk meluahkan itu begitu kritikal. Sukarnya untuk memulakan sebuah penulisan. Bila membaca penulisan sahabat-sahabat dalam blog mereka, saya mengambil peluang untuk mengkaji langkah-langkah mereka memulakan wahana penulisan mereka. Namun, lain orang, lain caranya. Ada yang serius memulakan hujah dengan dalil dan nas daripada Hadith dan Quran. Ada juga yang santai dengan lawak yang mampu membuatkan kita tersenyum kambing di hadapan laptop seorang diri. Pelbagai ragam perasaan terbit bergantung kepada penilaian pembaca. 

Teringat pesan Kak Atriza Umar, pengarang buku Tokoh Islam Kontemporari, Para Peminang Bidadari. "Sesebuah artikel yang baik itu, diselitkan ayat Quran juga Hadis di dalamnya." Namun, jangan semberono dalam mengambil sesebuah hadith atau ayat Quran hanya semata ingin memenangkan hujah yang ternyata jauh menyimpang dari syariat agama.

Kita semua membawa watak yang berbeza, perangai yang berbeza malah sifat yang berbeza. Adik-beradik yang mempunyai iras yang serupa juga tentu tidak sama. Begitulah juga dalam dunia penulisan ini. Lain manusia, lain pula warna warni lakaran tulisannya. Syarat yang utama, penulisan itu biar bertujuankan dakwah, seiring dengan kehendak syariat.


Justeru, saya mengambil keputusan untuk 'MENJADI DIRI SENDIRI'. Dan marilah kita 'MENJADI DIRI SENDIRI'.

Wednesday, December 8, 2010

Indahnya TarbiyahMU


Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Adakah kamu tidak berfikir?” (surah Al-An’am 6: ayat 3)
Seperti yang telah terukir didalam kitab suci umat Islam, berulang-ulang diingatkan kepada manusia oleh Tuhan yang Maha Penyayang bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sekadar permainan dan senda gurau. Perhentian sementara untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa ke destinasi terakhir kita yang kekal abadi iaitu negeri akhirat. Ketahuilah bahawa dunia itu merupakan ujian yang nyata, tetapi manusia itu sering leka dan lalai.
Seorang penyair menyebut:
Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan 
Sedangkan segala pemberian adalah ujian
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan
Sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian
    
Ingin ana bawakan sebuah kisah yang berlaku keatas saudara seislam kita. Bagaimana dia ditarbiah oleh Allah untuk menjadi seorang yang tabah menghadapi hidup.
Ana mula-mula mengenalinya apabila dengan tidak sengaja dia tersilap mendail nombor ana yang disangka nombor telefon anak didiknya. Dia memperkenalkan dirinya seorang pensyarah di sebuah universiti yang tersohor di utara tanah air. Pada sangkaannya ana dia telah pun berusia dan mempunyai anak yang sebaya dengan ana, namun sangkaan ana meleset kerana dia masih lagi bujang dan pada ketika itu dia dalam lingkungan lewat 20an. Dia lebih banyak bercerita kisah hidupnya selain memberi motivasi kepada ana untuk terus berjuang menuntut ilmu.
Pensyarah yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini merupakan anak bongsu daripada adik-beradik yang semuanya lelaki. Dia telah kehilangan bonda tercinta sejak berusia 8 tahun. Ana sertakan mesej asal yang dikirim sebelum ana melangkah ke Matrikulasi Kedah dahulu. Terdapat  penggunaan ‘dialek Terengganu’ dan harapnya pembaca sekalian dapat memahaminya. Sebahagian daripada mesej tidak sempat disalin semula kerana telah ter’delete’. Marilah sama-sama kita hayati kisah seorang pensyarah yang ana panggil ‘cikgu’ ini…

Bayangkan saya belajar dalam suasana haru pikuk dengan bau gam. Abang balik mabuk gam dan dadah. Kene molek (betul-betul) buku saya. Segala peralatan sekolah abis die care (selongkar). Pernah kerap kali saya study, polis datang kepung rumah tangkap abang-abang yang penagih. Dengan saya-saya pah (sehingga) ke balai disyaki subahat. Abih! Orang lain buat saya kene jugak. Esok nak prekse (peperiksaan) hari ini baru keluar lokap. Jawab prekse pun main tembok je. Pertengahan tahun dapatlah nombor ‘bong’(akhir sekali). Member pun kuranglah nak kawan dengan saya. Terasa nak asingkan diri rasenye. Blajar, orang lain beli buku nota, tapi saya pakat salin nak potostat. Duit plak. Belanje harian pun saya yang cari sendiri dengan pergi ambil upah potong rumput rumah orang. Kene yang rumah kawan tak tahulah tebalnya muke saya ni. 


Tapi study tetap study sampai akhir tahun. Prekse akhir tahun pun dalam suasana haru pikuk. Alhamdulillah, tingkatan 5 saya duk kelas yang cerdik skit. Masa tingkatan 5 lagi haru pikuk suasana. Duit SPM last sekali tak bayar. Ayah tak mampu nak tolong. Nak pinjam kat saudara mara semuanya mengata-ngata. Ye lah, bagi mereka tak pandang akan keluarga saya. “wak pende mu blajor pah ke u, mu jadi akan ikut perangai abang mu jugok.”( Buat apa kamu belajar sampai universiti? Nanti akan ikut perangai abang kamu juga.) “Mu skoloh buat abih duit jer, dok cerdik jugok” ( Kamu bersekolah pun habiskan duit je, tak pandai jugak.) Mak sedare sendiri yang kata begini rupe masa saya nak hadapi priksa SPM, bukan seorang malahan sekeliling rumah yang kata begitu rupa. Dah kalu (kalau) tiap-tiap hari, macamana tak putus asa. Orang naik van ke skoloh (sekolah), saya ade kalenya basikal atau jalan kaki 3 4km. bile time ambil rezab (result) dapatlah keputusan. 5A 4B 2C. Tu dah kire ok dah.
Tapi takde orang pun yang pandang result saya tu. Tak tunjuk pada sesiapa pun. Lepah (selepas) tu saya kerja mesin rumput dengan kontrak MPK (Majlis Perbandaran Kemaman) di tepi jalan. Masa tu lagilah sedara mara hina mengatakan “tengok skoloh abih SPM pun, keje mesin rumput gok.” ( Belajar sampai habis SPM pun kerja mesin rumput jugak.) Kadang tu rasa nak marah ada sedih pun ada. Tapi saya sabar je. Kene molek tengah mesin rumput pun saya menitiskan air mata. Lepas 3 bulan rezab keluar, pelajar lain dah sibuk masuk pengajian. Saye tak care langsung. Nak buat macamana masa tu daftar sahaja dan beli barang-barang nak belanja saja kat  seribu. Masa tu rasa macam tak mahu pegi blaja dan kerja tambah sikit pendapatan ayah. Tapi hajat ayah nak juga saya yang bongsu kemenara gading tapi saya tak kemampuan. Surat tawaran pun sampai antaranya UIAM, ALAM, UiTM dan kolej. Waktu tu saya hanya mampu tengok sahaja surat tawaran, rezab dan sijil-sijil. Tapi ala sekadar tengok jer.

Selang satu tahun, tak tahan dengan segala cemuhan, sindiran orang di sekeliling. Akhirnya saya masuk juga pengajian di UiTM bulan 8, 2000. Permulaan saya masuk serba kekurangan segalanya. Nak beli alat tulis pun tak cukup. Saya ingat sempat belajar beberapa bulan je di UiTM. Saya rasa tertekan juga kerana serba kekurangan bahan rujukan dan tiada kemudahan. Handphone pun tak de. Kenalan hanya sorang dua je. Tu pun dalam bilik hostel member saya member sekatil, namanya Mohd Razlan. Tahu tak tahu dia ni anak kepada menteri pertanian. Dan jurusan yang ditawarkan adalah diploma teknologi makanan. 

Tapi malangnya tak lama saya di sana kerana tak bleh nak ikut akan jurusan itu. Saya tukar masuk yang lain. Tak dapat nak ikut juga. Tak serasi. Mase kuliah pun kefahaman tak masuk dalam kepala. Saya dah try abih daya dah tapi tak bleh juga. Hinggalah exam pertama dapat pointer tercorot sekali, paling tercorot hinggakan pihak pengurusan memanggil saya. 

Dengan keadaan serabut, serta teringatkan keluarga lagi akhirnya saya buat surat penangguhan belajar. Lalu saya pulang ke kampung semula. Pulang ke kampung kawan-kawan dan sedara mara malah abang-abang sendiri cerna, sindir plak, “Blajar di u pun kalau dah bodoh, tak jadi ape gok (juga). Kalu tak kenape balik smule.” Ade juga orang kampung yang beri nasihat pada saya agar teruskan pengajian. Tapi bila balik kampung jadi dah putus asa. Tawaran dari pusat kemahiran banyak terima. Saya pun masuk ILP. Cikgu sana pun tanye kenapa tak masuk u. Pagi petang siang malam saran saya masuk u. 

Suatu hari tu abang datang beritahu saya bahawa surat dari UIAM tawar program diploma bidang syariah dan hukum hakam agama. Masa tulah abang saya sorang ni paksa dan seru saya agar masuk itu pun kalau hati dah keinginan nak ngaji atau tidak. Jadi saya pun pergi juga walau keberatan hati dan putus asa. Duklah di UIAM dengan duit tak de, makan pun tak lebih 2 kali sehari dengan ala kadar je. Tapi yang membuatkan saya kekal hingga semester pertama ialah bidang keilmuan agama saya amat suke. Dengan lecturer saya sentiasa rapati lebih-lebih lagi yang usia muda kerana mudah saya untuk berbual bicara. Masa dewan kuliah student lain baju pakaian bergaya tapi saya yang secondhand. Kene molek guna baju sama 3 4 hari. Terasa juga di hati ini rasa malu, kekok untuk berkawan dengan student klas-klas berada. Pinjaman yang dapat lepas-lepas bayar hostel, yuran dan peralatan itu pun dah abis berjimat. Tiap kali saya termenung kalau awal bulan lihat student yang lain dapat wang saku dari ibu bapa mereka tapi saya apakan daya. Sabar  jelah. Kalau hari cuti penggal orang balik tapi saya tak balik. Duklah sorang-sorang dalam bilik hostel. Semester 2 barulah biasa sesuaikan diri. Maknanya dah tak peduli apa orang kata, nak pandang yang saya ni penting saya dah tekad nak dapatkan segulung penghargaan kelak. 

Demi nak tampung belanja pengajian saya terpaksa tebalkan muka dengan galas mesin rumput, ambil upah potong rumput rumah lecturer jikalau takde kuliah. Mula-mula jalan kaki galas mesin rumput tau, Tanya setiap rumah-rumah. Bayangkan sesama student tengok apatah lagi potong rumput kebetulan rumah sesama member kelas. Namun dengan bakat lukis yang saya ada ramailah student yang kenal. Barulah saya mengerti dalam suasana IPT ini kita perlu mencari sahabat. Tapi dalam masa yang sama sahabat mencari kita. Adakalanya bila waktu petang saya akan keluar ke taman riadah. Disitulah saya luahkan perasaan dengan melukis apa sahaja bagi menggembirakan hati. Kadang tu saya lukis suasana kuliah. Kerana itulah hobi saya. Sepanjang di u saya tak ajarkan diri saya mintak dengan orang lain melainkan ilmu. Pernah saya berpuasa kerana kewangan terhad selama beberapa minggu. Tapi di kampung tetap saya berhubung dengan telefon hasil dari upah potong rumput tanya keadaan keluarga. Biasalah tiap kali telefon ada sahaja problem abang-abang yang penagih. Semenjak dari itu pointer saya makin merosot. Kelas kuliah makin jarang saya hadir kerana pergi cari duit potong rumput nak kirim kat ayah masa tu sakit tenat untuk rawatan dan nak bayar peralatan belajar yang tertunggak. Kawan sesama kuliah ada nak tolong tapi saya tak mengharap sangat. Selepas tu cuti dan pulang ke kampung. Duk di kampung masih lagi sedara mara memandang rendah akan saya. Anggap saya tak kekal lama di u. Akhirnya datanglah wakil dari jamaah surau kat rumah yang baru tahu saya belajar di Universiti Islam memberi sumbangan derma bagi menampung pengajian setelah 2 sem blaja. Tapi anak beranak tak sikit pun yang nak kata tolong. Itulah yang mengecilkan hati saya yang tak saya lupakan. Akhirnya ringanlah sikit beban saya. Maka jaranglah saya pegi potong rumput sebaliknya saya pergi mencari guru agama kawasan sekitar u untuk meningkatkan kefahaman ilmu agama dan bahasa arab. Setelah terima surat amaran pertama dan kedua masalah pointer rendah. Start pada itulah saya bekerja keras semula memperbaiki masalah pelajaran saya. Selepas pada tu saya tak balik-balik walaupun cuti panjang, hari raya beraya kat sana, di rumah kawan di Shah Alam. 

Sehinggalah last final exam penentu untuk mendapatkan segulung diploma. Hari pertama saya exam, satu lagi ujian terpaksa saya harungi sedang saya ujian dua orang abang saya meninggal kerana overdos. Saya jadi serba tak kena nak balik atau tidak. Tapi saya tak pulang atas nasihat abang agar teruskan exam. Habis exam pulang sekejap tapi nak buat macamana dah orang dah pergi. Tapi keadaan di rumah masih porak peranda. 2 3 hari lagi konvokesyen. Saya harap agar abang saya ni dan ayah dapat hadir juga, tapi masa balik rumah tu saya sempat perasan yang ayah dah lain macam rasenye. Tibalah hari konvokesyen. Pagi tu semua ibu bapa student telah memenuhi dewan. Hari itu amat gembira bagi semua pelajar. Saya juga rasa gembira setelah setelah susah payah untuk baiki pointer akhirnya layak untuk dapat diploma dengan pointer tahap kepujian. Saya masih tunggu ayah dan abang tapi tak datang-datang. Call pun tak dapat. Tibalah giliran saya naik ke pentas. Sampailah satu mesej dari abang bahawa ayah telah tiada pagi itu. Ketika itulah saya mula titiskan air mata selang seorang sahaja lagi di depan untuk bersalam dengan menteri pelajaran menerima segulung diploma. Tak tahulah macamana nak letak rasa sedih di hati ini. Saya bersalam pun dengan keadaan tak bermaya. Turun dari pentas member tegur dengan rasa gembira pun saya tak sahut. Masa tulah kawan rapat saya Fakrulrazi faham emosi saya lain. Dia tanya kenapa. Lalu saya serahkan handset saya lalu dia membaca mesej itu. Masa tu saya rasa diploma yang saya pegang rasa dah tak berguna kerana kehidupan saya telah kosong. Ayah, emak, abang semuanya tiada.”

Begitulah kisah hidup seorang insan yang sekarang ini bergelar pensyarah dan bergiat aktif dengan Parti Islam se-Malaysia Terengganu. Suatu ketika sewaktu ana dalam awal pengajian matrikulasi, dia melanjutkan pelajaran selama beberapa bulan sahaja di Mesir kerana dia dan beberapa orang rakannya telah diberi tekanan oleh pihak tertentu (memandangkan dia dan rakan-rakan dari parti pembankang) mengenai masalah visa dan sebagainya sehingga terpaksa pulang semula ke Malaysia. Sekarang ini, ana langsung lost contact dengan ‘cikgu’ yang banyak memberi kata-kata semangat semenjak handset ana bermasalah pada  awal sem di UPSI. Sejauh mana kebenaran segala yang disampaikan kepada ana, itu semua urusan ALLAH. Hakikatnya, dia adalah guru yang ana kenal melalui pemikirannya kerana ana tidak pernah mengenali fizikal mahupun suaranya yang berbicara. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita yang saat ini masih bahagia dengan kasih sayang ibu dan ayah, dicukupkan rezeki, dan kesihatan yang masih sempurna.

Wednesday, November 17, 2010

Hadiah Aidil Adha di Greece

 Puluhan aktivis kanan-jauh dan penduduk tempatan melemparkan telur dan mengejek ratusan imigran Muslim yang tengah berkumpul untuk melaksanakan solat Aidil Adha di sebuah lapangan pusat yang dikelilingi oleh pelindung dengan penjagaan polis anti huru-hara.

Komuniti Muslim Athen tidak memiliki masjid rasmi dan oalat biasanya diadakan di pusat-pusat budaya atau balai masyarakat atau apartemen peribadi di seluruh kota.Komuniti Muslim di Yunani diperkirakan sekitar 1 juta orang, di negara di mana kebanyakan penduduknya adalah penganut Kristian Ortodoks Yunani.

Sementara umat Islam solat, beberapa penduduk setempat berteriak dengan kata-kata kotor dari balkon dan melambaikan bendera Greece. Leaflet yang menggambarkan seekor babi, yang merupakan binatang najis dan haram dalam Islam - tersebar di seluruh alun-alun.

"Ada sebuah masjid (rasmi) di dekat sini, tapi kami takut untuk pergi ke sana," kata seorang lelaki 30 tahun migran dari Bangladesh, yang meyebut namanya sebagai Shamasul. "Kadang-kadang orang Greece di lingkungan ini mengancam untuk membunuh kami."

Di lain tempat, lapangan sentral di depan universiti Athen, sekitar 2.000 Muslim lelaki dan wanita oalat dengan tenang di depan universiti neo-klasik dan di depan patung Yunani kuno.

Di masa lalu, usaha untuk membangun sebuah masjid di ibukota telah bertemu dengan oposisi dari penduduk setempat dan beberapa pastor dari gereja ortodoks Greece.

Namun, Uskup Agung saat ini mendukung pembangunan masjid dan pemerintah sosialis telah menyisihkan situs dekat dengan pusat kota, meskipun bangunan belum dimulai.

Masjid hanya di Yunani berada di wilayah timur laut Xanthi dekat perbatasan Turki, rumah bagi minoritas Muslim yang besar 

Sumber : http://satuumat.blogspot.com/2010/11/solat-raya-di-greece-dikelilingi-poster.html

Aidil Adha Di Tanjong Malim


"Biar betul..? Takkan tak balik?"

"Hah, hari raya takkan tak balik?"

"Balik lah siha.. Raya tuuu.."

Inilah komen yang saya terima bila ada sahabat yang bertanya, 'Bila nak balik kampung?' dan saya jawab, 'Saya tak balik...'

Hari Raya Aidil Adha, tidak pernah saya beraya jauh dari perantauan, jauh dari keluarga tercinta. Pagi tadi, bila bangkit dari tidur untuk menunaikan solat subuh, baru saya menyedari bahawa hari itu adalah hari raya.Tanpa baju raya, tanpa makanan untuk sarapan, hanya air kosong dan kerepek (teringat masakan ibu di pagi raya). Bila ada yang bertanya mengapa tidak pulang, saya hanya tersenyum. Malas sebenarnya untuk menjawab soalan tersebut. Mungkin mereka hairan kerana Hari Raya adalah hari untuk bersama-sama keluarga. Saya bukan tidak merindui mereka, bahkan hanya Allah yang tahu betapa luahan rindu itu saya khabarkan kepadaNya selalu. Tetapi, kerana terlalu menyayangi dan merindui mereka, saya mengambil keputusan untuk tidak pulang.

Beberapa minggu sebelum itu, saya sudah menyatakan kepada ibu. Ibu saya mengizinkan, jadi dada saya lapang dengan redha ibu. Tapi, saya agak sedih kerana solat sunat hari raya tanpa peneman setia saya yakni IBU.

Hari Raya bukan masa untuk berSEDIH !

Pagi raya itu, saya dan sahabat saya, Zubaidah, terus merempit ke Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam. Wah, pertama kali beraya di Tanjong Malim, suatu pengalaman yang luar biasa. Saya pelajar Semenanjung, ianya suatu kejanggalan bagi kami. Tapi tidak mengapa.

Tiba di Masjid, masih ramai yang belum tiba sedangkan jam sudah mencecah pukul 8 pagi. Usai solat sunat hari raya, barulah saya menyedari Masjid sudah penuh dengan kelibat manusia. Penuh ceria dengan kehadiran anak-anak kecil...

Di perkarangan masjid, kelihatan 6 ekor lembu dan seekor kambing bersedia untuk dikorbankan. Pertama kali juga lihat lembu disembelih, salah seekor lembu tu garang betul. sangat agresif...

Kalau difikirkan kembali, mengapa susah benar manusia mahu bersyukur. Jika mahu dibandingkan dengan negara Kemboja, lembu yang hendak dikorbankan sangatlah kurus. Dan daging korban pula, dapat disimpan sehingga setahun. Masyarakat Islam di sana, tiada kelengkapan seperti peti ais, jadi mereka akan mengeringkan daging-daging tersebut. Dan mereka akan berjimat cermat dengan daging tersebut. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan negara kita ini.

Saya ada terbaca artikel berkenaan sukarnya umat Islam untuk menunaikan ibadat, walaupun pada hari raya.. Bersyukurlah wahai jiwa, walau di mana bumi anda berpijak. Walau tanah yang anda pijak itu jauh dari orang yang disayangi. Ambil ibrah dengan setiap pengalaman. Pengalaman itu mematangkan jiwa.

Saturday, November 6, 2010

Harapanku Untuk Bakal Suamiku


Sekadar mengisi kekosongan masa yang ada, ALLAH menggerakkan hati ini untuk melakarkan sedikit luahan yang bertamu di dalam jiwa.



Beberapa hari ini, mesej-mesej  jemputan ke majlis perkahwinan bertandang di inbox telefon. Alhamdulillah. Hanya syukur yang mampu dipanjatkan.  Syaitan meradang marah apabila insan-insan tersebut tidak berjaya digoda. Mereka memilih jalan yang paling diredhai ALLAH untuk bersama pasangan masing-masing iaitu PERNIKAHAN.
Bila mencetuskan soal 'ini' di facebook, pasti berderet-deret komen yang akan diterima. Betapa 'panas' isu ini bagi mahasiswa universiti. Cukup untuk menjelaskan bahawa betapa manusia itu tidak dapat disanggah dengan fitrahnya. Naluri adam berkehendakkan hawa disisi, dan hawa pula memerlukan kasih sayang adam sebagai peneman disepanjang hidupnya.
Namun, proses pencarian pasangan bukan atas dasar 'tangkap muat' atau memilih mana-mana yang berkenan di hati sahaja. Ianya sebuah proses yang harus dimulakan dengan niat yang benar-benar bersih dan berpandukan sunah rasul dalam memilih pasangan. Jauh dari itu, ALLAH lah yang menjadi rujukan yang paling utama. Kerana, DIA yang Maha Mengetahui jodoh yang termaktub di Lauh Mahfuz buat manusia yang diciptakanNya. DIA lebih memahami hambaNya lebih daripada kita memahami diri kita sendiri. Allahumma…
Saya tidak berniat untuk berbicara akan soal pemilihan pasangan yang soleh mahupun solehah kerana ianya sudah banyak dihuraikan di dalam buku-buku mahupun laman web. Yang paling popular bagi remaja mungkin saifulislam.com, laman web daripada Ustaz Hasrizal yang mengarang buku Aku Terima Nikahnya. Bukunya begitu 'hangat' di pasaran. Perkongsian di dalam blog saya ini berkisar akan harapan saya sendiri daripada sebuah pernikahan. Saya bukanlah seorang yang memilih dalam mencari pasangan. Syarat saya tidaklah ketat. Tidak perlu seorang lelaki yang berharta, tidak perlu rupa paras yang membuatkan wanita tergila-gila, tidak perlu kepada pemegang PhD mahupun keturunan yang disegani ramai. Cukup sekadar seorang insan bernama lelaki yang mampu membawa saya menuju syurgaNya. Mudah bukan syaratnya? =)
Namun, siapalah saya untuk meminta lelaki yang sebegini, sedangkan diri tidaklah seberapa. Terlalu banyak kekurangan yang bermukim di dalam diri. Tetapi, saya teringat pesan seorang sahabat, 'Islah nafsah, wad'u ghairat', baiki diri dan serulah orang lain. Saya memerlukan seorang lelaki yang faham dengan tugas dakwah saya. Saya ingin menjadi pengibar sayap kiri perjuangan seorang suami, namun lebih daripada itu, saya ingin menjadi sayap kiri perjuangan ISLAM. Saya telah melalui proses tarbiyah, dan rugilah andai suami menjadikan diri saya sebagai simpanannya dirumah, tidak diizinkan untuk berada di medan lapangan jihad.
Ingin saya memetik kata-kata daripada tokoh muslimat yang menjadi inspirasi diri saya, Allahyarham Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Tokoh muslimat revolusi Islam di Mesir pada zaman Assyahid Imam Hassan Al banna. Kata-kata ini diungkapkan pada malam pertama beliau menjadi seorang isteri dalam usia 18 tahun.
"Di hari ini aku meminta  kepadamu supaya kamu menyempurnakan janjimu, janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku memohon kepada ALLAH supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibagi dua antara kita sebagai kurnia ALLAH apabila Dia menerima amal dan usahaku.
Aku tahu bahawa adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku ta'at setia kepadamu, tetapi Allahuakbar didalam jiwa kita daripada diri kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang sedang berada pada suatu marhalah (tahap) yang penting dan genting, didalam marhalah dakwah."
Suaminya menjawab,
"Ampunilah aku, bekerjalah 'ala barakatillah mudah mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwanul Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku di zaman muda ini kalau aku dapat bekerja sama dengan kamu."
Saya cukup terkesan dengan ungkapan muslimat yang hebat ini, apabila saya melayari kisah duka hidupnya yang penuh dengan penyeksaan oleh regim Jamal Abd Nasser dalam coretan buku Hari-hari Dalam Hidupku.
Inilah harapan saya yang begitu besar terhadap seorang suami.
Cukup sekadar ini saya kira, malam kian larut. Perjuangan hari esok perlu diteruskan selagi nadi ini terus berdenyut.

Nufaza
11:06 p.m, 5 November 2010.
UPSI, Tanjong Malim.

Monday, October 11, 2010

TRAVELOG IRAN : Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad

Saya jatuh hati dengan IRAN !

Ya. Saya semakin jatuh hati dengan Iran setelah menghayati setiap helaian buku ini. Sebuah negara Islam yang terkenal dengan dua aliran besar Islam iaitu Syiah dan Sunni. Apatah lagi mempunyai seorang presiden yang pernah mencetuskan kontreversi dalam isu tenaga nuklear dan tidak tunduk kepada kemahuan politik AMERIKA dan ZIONIS.
Buku setebal 365 muka surat itu baru sahaja saya tamatkan pembacaan setelah memilikinya sejak 22 Julai 2009. Saya membacanya sedikit demi sedikit; sebelum mata saya terlelap, sebelum kuliah bermula, di dalam bas dan dimana sahaja. Sesetengah orang mampu membaca buku setebal itu dalam masa yang singkat, tetapi saya mungkin tidak termasuk dalam senarai itu.

PENULIS INDONESIA
Indonesia sebuah negara yang rancak dengan ledakan maklumat. Terbukti dengan terhasilnya penulis sehebat Dina Sulaiman, anak kelahiran Semarang, Indonesia. Beliau pernah menjadi mahasiswa Universiti Padjajaran, Bandung dalam Fakulti Sastera. Apa yang lebih membanggakan, pada tahun 1996 beliau memenangi pertandingan menulis karangan peringkat kebangsaan yang dianjurkan JAL Foundation dan Jabatan Pengajian Tinggi (Ditjen Dikti) dan berjaya memperoleh biasiswa bagi pengajian musim panas di Universiti Sophia, Tokyo. Setelah tamat pengajian, beliau menjadi tenaga pengajar di IAIN (Institut Agama Islam Negeri) Imam Bonjol, Padang. Dua tahun selepas itu, beliau dan suaminya bekerja di Radio Indonesia IRIB (Islamic Republic of Iran Broadcasting), Teheran sehingga bulan April 2007. Bertitik tolak daripada pengalaman selama 8 tahun di Iran, Dina Sulaiman mencurahkan segala pengalamannya berkelana di bumi Ahmadjinejad didalam buku ini.

TAMADUN TERTUA
Penulis banyak menceritakan pengalaman beliau menghabiskan sisa-sisa terakhir di Iran dengan melawat tempat-tempat bersejarah yang pernah menjadi saksi bisu peradaban Parsi yang hebat yang akhirnya jatuh ke tangan pemerintah Islam ketika itu Khalifah Umar Al-Khattab. Namun, bangsa Iran masih menggunakan bahasa Parsi dengan utuh walaupun negara itu telah bertukar menjadi negara Islam yang sangat hebat dewasa ini.
Pernahkah anda mendengar nama Alexander the great?
Jika ya, mungkin anda pernah terdengar akan Iskandar Dzulqarnain (seorang raja yang disebut didalam Quran dalam surah Kahfi yang membina tembok pemisah antara manusia dan kaum Yakjuj dan Makjuj) yang dikaitkan dengan Alexander the Great. Dengan penemuan Persepolis yang berusia beribu tahun itu, pelbagai kajian dijalankan di Shiraz untuk membuktikan siapakah sebenar Alexander the great dan Iskandar Dzulqarnain, dan kehebatan peradaban Parsi Kuno suatu ketika dahulu.
Sejujurnya, apabila membaca buku ini, saya seakan-akan berada di negara tersebut, walaupun kaki ini tidak pernah berpijak ke sana walaupun seinci. Allah SWT mempamerkan kehebatanNya dengan penciptaan bumi Iran yang penuh warna-warni. Warna-warni yang saya maksudkan disini bukanlah keindahan alam itu sendiri, kerana alam yang dicipta oleh Tuhan sememangnya tiada tolok bandingnya, tetapi yang tersirat ialah warna-warni kehidupan rakyat Iran yang masih hidup aman walau wujud perbezaan dalam dimensi kefahaman Islam itu sendiri. Syiah dan Sunni.

Iran selama ini cukup lantang bersuara menentang kebrorokan Yahudi Laknatullah dan sekutunya yakni Amerika. Sikap pemimpin negara yang begitu mencintai akhirat memberi kesan yang mendalam kepada rakyat. Inilah pemimpin sebenar yang mewarisi kepimpinan Rasulullah saw juga generasi terdahulu.

Tuesday, September 28, 2010

Cemburu


"Tuhan tidak memandang kepada siapa kamu, dimana tempat kamu, aras mana kedudukan kamu, secantik mana wajah kamu, dimana kamu menuntut ilmu, sepelat mana bahasa kamu. Tetapi, yang dilihatNya ialah Iman yang terpancar dalam diri kamu. Jangan berasa rendah diri, jika kamu merasakan diri kamu tidak sehebat orang lain ataupun kamu tidak bernasib baik seperti orang lain. Bukankah ganjaran di akhirat itu lebih utama ?"
Entri ini saya ungkapkan dalam facebook saya. Mungkin sebagai mengubat rasa cemburu di dalam hati.
       Ya, saya juga rasa 'cemburu'.. Cemburu bila mendapat tahu kawan-kawan satu sekolah dahulu ramai yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara. Dahulu saya terlalu berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Merasai sendiri menuntut ilmu, bermusafir jauh dari negara sendiri. Membanggakan ibu dan ayah. Hanya Allah yang tahu betapa saya memendam impian itu sejak sekian lama.
Tetapi, bila mengingatkan bahawa sesungguhnya ada hikmah yang tersimpan apabila ditakdirkan keatas kita akan sesuatu perkara, hati ini cukup tenang.
Allah mendengar doa kita dan tidak akan sesekali mengecewakan kita. Dia bersifat dengan Arrahman dan Arrahim. Justeru, sentiasalah berdoa kepadaNya dengan penuh tawaduk. Apabila kita meminta-minta kepada manusia, belum tentu mereka mampu menunaikan hasrat kita. Tetapi, apabila kita meminta dengan Allah, Dia akan mengabulkan segala permintaan kita terpulang samaada cepat atau lambat. Jika cepat dikabulkan doa kita, Dia akan menguji kita bersyukur ataupun tidak. Jika lambat dikabulkan doa kita, Dia akan menguji kita bersabar ataupun tidak.
Bukankah Allah pernah berjanji di dalam Quran, surah al Baqarah ayat ke 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Saya pernah banyak kali gagal dalam hidup ini. Namun, saya mengambilnya sebagai rencah dalam kehidupan. Warna warni kehidupan itu kadangkala ada terpalit dengan kekotoran. Kekotoran itu tidak harus dibiarkan kekal, tetapi harus dibersihkan. Begitulah analogi saya terhadap hidup ini. Kegagalan itu adalah langkah untuk kita terus mendayung perjalanan terus mara ke muara kejayaan.
Allah yang Maha Pemurah, memberi hadiah yang terlalu berharga untuk saya nilaikan. Dia mengabulkan doa saya dengan memberi apa yang saya perlu. Saya dipilih untuk mewakili Kolej Matrikulasi Kedah (sesi 2007/2008) bersama dua teman yang lain ke negara yang paling padat dengan penduduk beragama Islam iaitu Indonesia. Pengalaman selama seminggu cukup memberi hadiah yang beerti buat diri saya.
Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani rahimahullah: 

"Jika kamu benar-benar mengenal Allah, nescaya segala nikmat yang ada pada dirimu akan mencegahmu daripada meminta-minta yang lain daripada Allah."
Saya kecewa dengan diri sendiri, kerana nikmat yang diberiNya masih belum terbayar lagi tetapi saya terus meminta-minta denganNya dan Dia masih mengurniakan rahmatNya kepada diri yang kerdil ini.
Perasaan cemburu hanya akan membuat hati kita sakit, sedangkan hati kita perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Positifkan pemikiran bila anda berhadapan dengan sesuatu kesukaran. Berbaik sangka dengan Allah selalu. Dia tidak akan pernah meninggalkan hambaNya. Jika diberi kamu ujian kesusahan, kesenangan, sedih, derita itu tanda ingatanNya terhadap diri kamu.

Nufaza
Tanjung Malim, perak
22 september 2010
3.42 p.m

Thursday, July 15, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Artikel ini saya ambil dari facebook seorang sahabat. Satu perkongsian yang memecah tembok anggapan bahawa Hitler adalah pemimpin yang paling kejam sebagaimana pernah di war-war oleh media sebelum ini..

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



 Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Saturday, July 3, 2010

Dia Diburu Bidadari Syurga

Tajuk yang terpampang di muka hadapan kulit buku berwarna putih: Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan, bersama dengan gambar seorang anak muda yang berpakaian askar di kawasan salji menarik minat ini untuk mengambilnya di rak buku. Penulisnya Zainon Ismail. Buku ini seakan istimewa dan penting untuk dibaca. Hati ini mula terdetik sedemikian.

 Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan

Ku selak sehelai demi sehelai dengan kata pengantar yang panjang daripada Riduan Mohammad Noor menyebabkan minat untuk meneruskan membacanya semakin bergelora. Sehingga tibalah mukasurat yang menceritakan perihal hidup anak melayu yang dimaksudkan. Nama Assyahid Fauzi Ismail yang tidak pernah kudengar selama ini. Dan inilah kali pertama aku menyelusuri hidupnya dalam coretan Zainon Ismail (Cikgu Non) yang pernah bersahabat dengan assyahid.

Indahnya kehidupan anak muda biasa yang dadanya penuh sarat dengan suara jihad.
Mari kita hayati….

Latar Belakang As Syahid

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987.

Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa

Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin.

Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

"Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah.

Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini. Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."

Saya mengulang berkali-kali pada bahagian yang menceritakan saat-saat indah ketika ALLAH menghadiahkan mereka syahid. Saat sebutir bom meletus dan merobek tubuh assyahid Fauzi. Air mata menitis. Allah, sungguh cemburu dengan mereka. Mereka melihat syurga di setiap butir bom itu, sedangkan bagaimana pula pengakhiran hidupku?

Semoga ALLAH memilih kita untuk berada dikalangan hambaNya yang soleh..

Friday, April 16, 2010

Dunia Penulisanku


Dunia penulisan saya

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menambahkan lagi artikel dalam blog yang tidak seberapa ini. Banyak idea yang ingin dicurahkan dalam penulisan, namun sukar benar untuk memulakan. Nampaknya ilmu untuk mencoret sesuatu artikel adalah perlu, bukan mengarang 'ikut suka hati' yang kadangkala objektif yang ingin disampaikan tidak sampai kepada mad'u (orang yang ditarget) dan akhirnya terkubur begitu sahaja. Meminjam kata-kata hikmat Ukhti Atriza Umar, 

"Jika ingin menjadi penulis, mulalah menulis apa saja, setiap hari. Hingga fikiran, hati dan tangan terbiasa berlatih dalam ritme yang sama. Langkah seterusnya.. membaca, membaca dan membaca"

Tangan terasa ringan untuk menulis. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membuka blog The World Of Islamic Education ini. Hari ini, saya ingin berbicara akan hakikat DUNIA PENULISAN saya. 


Bila mula-mula berjinak dengan DUNIA penulisan?


Saya tidak pasti tarikhnya. Tetapi, sewaktu kecil saya suka membaca. Sangat menyukainya sehingga segala jenis buku yang berbahasa melayu akan habis saya baca. Saat yang paling menyeronokkan untuk membaca ialah ketika makan. Hobi saya, hatta ketika makan nasi, saya akan mencari sesuatu untuk dibaca. Tabiat itu agak sukar untuk dikikis. 


Ketika pulang ke kampung, sepupu-sepupu saya suka membeli buku MASTIKA yang memuatkan kisah-kisah seram yang entah benar ataupun tidak, wallahualam. Saya akan bersandar di kerusi sambil membaca sehingga tertidur. Begitulah kehidupan saya ketika mula-mula berjinak dengan dunia penulisan. Mungkin disebabkan ini, saya disifatkan agak pendiam oleh kawan-kawan. Sifat yang suka menyendiri bermula apabila usia saya mula menginjak pada umur 11 tahun. 


Pernah suatu ketika, saya mencari-cari dua ekor kucing kesayangan saya di sekeliling rumah. Rupa-rupanya mereka tidur di atas atap bahagian dapur. Apa lagi, dengan tangkasnya saya memanjat pokok di sebelah dapur dan tidur di atas atap bersama mereka. Teruk bukan? Namun, saat itu, ketenangan mula menjalar diseluruh tubuh melihatkan langit yang terbentang luas di angkasa. Jelas dalam memori saya, awan-awan yang berubah bentuk, langit yang entah ke mana penhujungnya. Daripada peristiwa ini, saya jadi tidak banyak bercakap walaupun dengan keluarga apatah lagi ibu ayah. Saya banyak bersendirian, berkurung diri di dalam bilik dan banyak berfikir.


Siapa yang memberi galakan?


Sebelum berminat untuk pergi jauh dalam dunia penulisan, saya sangat suka melukis tetapi kurang suka untuk mewarna. Saya tidak pandai untuk menggabungkan warna yang sesuai. Pada waktu itu, melukis adalah hobi yang paling saya suka untuk meluahkan perasaan. Saya akan menconteng buku-buku abang-abang saya dan memenuhkannya dengan kartun juga permandangan. 
Namun, apabila melangkah ke alam sekolah menengah. Waktu tingkatan satu, saya masih lagi setia dengan hobi melukis. Sehingga terhasilnya satu komik berkenaan pelajar-pelajar kelas saya. namun, komik itu telah hilang. Sedih betul...


Daripada melukis, saya mula mengubah hobi saya kepada menulis. Saya tidak suka menyimpan perasaan. Apabila saya ingin meluahkan sesuatu, saya akan menulis semua yang saya ingin luahkan dalam helaian kertas. Tetapi, saya tidak menyimpan kertas itu, sebaliknya saya akan membuangnya. Dan kemudian, saya akan berasa lega. Mudah bukan? Itulah diri saya.
Pencetus inspirasi kepada saya ialah guru saya. Puan Rohana Mostar. Seorang guru yang mengajar bahasa Malayu ketika tingkatan 4. Masih tersimpan kemas dalam kenangan saya, dia memuji bahasa yang saya gunakan ketika saya menulis satu ayat untuk karangan di papan putih. Katanya, "Ini yang kita mahukan, bahasa yang matang." Kembang kempis saya dibuatnya apabila dipuji di dalam kelas. Pujian ini menyebabkan saya semakin giat berusaha. Terima kasih CIKGU..



Kenapa saya perlu MENULIS?


Pernah suatu ketika, sahabat saya menegur.



"Eleh enti.. Respon pada isu-isu yang remeh temeh. Cuba respon pada isu yang berat-berat sikit.."


Terdiam saya.


Namun, teguran yang bersifat gurauan ini mencambahkan fikiran saya untuk berfikir dengan lebih jauh. Apatah lagi orang yang memberi teguran kepada saya itu saya labelkan sebagai 'guru' saya dalam dunia penulisan ini. walau kadangkala saya tidak mampu berfikir dengan lebih kritikal terhadap isu yang global, tetapi guru saya ini terus memberi semangat untuk melatih saya. Terima kasih CIKGU...


Satu perkara yang membangkitkan semangat saya untuk terus berkarya ialah kerana PERJUANGAN PEJUANG ISLAM KONTEMPORARI dalam menyebarkan fahaman dakwah telah berjaya mempengaruhi diri saya. Dengan hasil karya Islami dan Haraki mereka, tumpuan dakwah bukan sahaja tersebar dikalangan orang yang terdekat sahaja, tetapi jauh menyelusuri lautan menuju ke nusantara. Dan tanpa disedari, gerakan Islam semakin rancak bertapak di Indonesia, Malaysia. Lihat sahaja sejarah penubuhan PAS oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy, gerakan yang bermula dengan nama Hizbul Muslimin itu akhirnya diharamkan oleh Inggeris kerana momentumnya yang agak radikal tetapi akhirnya menjadi fore runner kepada PAS itu sendiri. Ketegaran dan semangatnya diabadikan oleh Dr. Chandra Muzaffar dalam  bukunya The Awaking of Islam;


"even in an earlier period, in the 1950's PAS leader like Burhanuddin al-Helmy and Zulkifli Muhamad were strongly critical of foreign, western control dominance of the economy and culture."


Anda pernah mendengar nama ini? IKHWANUL MUSLIMIN.... Sebuah gerakan Islam yang berpencak hebat di Mesir dan roh harakah inilah yang mencetuskan penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu. Penerajunya ialah Assyahid IMAM HASSAN AL-BANNA. Insan ini banyak memberi inspirasi kepada saya. Bayangkan tulisan almarhum dikeluarkan setiap hari dalam surat khabar Ikhwan dimana tulisannya padat dengan ayat-ayat Al Quran, Hadith dan juga syair Arab klasik.


Jadi, untuk menjawab persoalan 'kenapa saya perlu menulis?', cukup mudah. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam. Bukan pemula, bukan juga pengakhirnya. Tetapi, penyambungnya. Dengan medium penulisan, dengan mudah Islam tersebar kepada anak bangsa yang kian kontang dengan fahaman agama Islam yang syumul. 


Apa halangan yang perlu saya lalui?


Memetik firman Allah daripada surah Al-baqarah, ayat ke 120 yang bermaksud:


"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad)  sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."


Perbahasan kepada ayat ini boleh dirujuk dalam kitab Tafsir Fi zilalil Quran karangan Syed Qutb mahupun Tafsir Ibn Kathir. Tetapi, apa yang ingin saya sampaikan disini ialah ancaman tetap mengikuti sepanjang perjalanan si dai'e. Ancaman itu daripada segenap sudut, daripada segenap segi, daripada segenap bentuk. Bak bayang-bayang yang setia dengan objek yang legap. Namun, satu perkara yang pasti: "pertolongan Allah tetap bersama bagi penegak kebenaran, penghapus kebatilan."..


Fahaman sekularisme kian melarat, menjangkiti ummah. Orang Islam sendiri yang menentang? Bukan satu persoalan yang pelik, tetapi ini realitinya. Minda mereka didoktrin oleh fahaman keparat yang berusaha menjatuhkan Islam. 

Yakin dengan janji Allah..

Janjinya pasti..

Halangan perlu ditempuhi...

Akhirnya, saya sentiasa teruja dan berlapang dada jika ada yang ingin menyangkal artikel saya ini. Sebelum azan isyak berkumandang, cukuplah para pembaca tahu bahawa MENULIS MERUPAKAN SATU BIDANG YANG TIDAK MUSTAHIL BAGI SETIAP JIWA YANG MEMINATINYA..
"Write from your heart, write from your soul, Make the best of your talent and don't ever let it go not for anything..."

Nufaza
Tanjung Malim, Perak.
8:32 p.m.