“Kita mudah menegur orang lain, tetapi kita sukar menegur diri sendiri”
Ayatul Husna
Sama-sama
doakan semoga coretan dan nukilan ini jauh daripada membawa fitnah kepada diri
dan juga orang lain. Kadangkala kita tidak menyedari kata-kata atau tulisan
kita mungkin mengguris hati mereka yang membacanya.
Sejak minggu lepas, saya asyik dengan facebook. Menaip status yang
pelbagai. Sehinggalah suatu saat, saya meletakkan status makanan yang akan saya
masak untuk suami. Mungkin ianya pertama kali saya meletakkan status demikian
dengan niat untuk bergurau dengan sahabat-sahabat saya yang masih bujang. Tanpa
saya sedari, saya telah menyebabkan segelintir daripada sahabat saya berkecil
hati. Bagaimana? Dia menulis sesuatu di laman facebooknya, ‘menegur’ tindakan
saya membuka pekung hal suami isteri. Begitu tegas tegurannya sehingga hati
saya tersentap. Saya membacanya, mata saya berkaca. Dan hati saya terasa
dihiris-hiris…
Pada mulanya, saya sukar
menerima hakikat bahawa teguran itu adalah buat saya. Sehinggalah suami saya
memujuk saya untuk sama-sama berfikir. “Ambillah ianya sebagai teguran daripada
ALLAH SWT, tetapi manusia yang menyampaikan.” Rasa tenang membuai hati.. Iya, itu
teguran ALLAH SWT buat saya. ALLAH SWT menyayangi saya dengan terus menegur saya
apabila saya berbuat kesalahan.
Saya mula berfikir
dan berfikir.. Berfikir dengan panjang..
Haruskah seorang ahli
gerakan Islam, yang berbaiah dengan nama ALLAH SWT, perlu meletakkan status yang
seremeh itu dengan alasan bercanda? Sedangkan dakwahlah harus menjadi alasan
utama untuk menggunakan laman sesawang ini. Dan orang yang masih sukar menerima
teguran rupa-rupanya hatinya masih belum mencapai maqam cinta kepada ALLAH SWT..
Astargfirullah..
ALLAH SWT mengurniakan
kita akal untuk kita menentukan mana yang terbaik. Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memilih saya mempunyai sahabat yang sudi menegur kekhilafan saya agar saya
tidak hanyut dengan dunia yang melalaikan. Saya petik daripada surah al-Hadid,
ayat ke 20. ALLAH SWT sendiri yang berpesan kepada kita, kerana Dia lebih
mengetahui akan makhluk yang diciptaNya:
“Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para
petani, kemudian tanaman itu menjadi
kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
dari ALLAH serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
dari ALLAH serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
ALLAH SWT jualah tempat
kita memohon ampun di atas segala dosa yang kita lakukan.
Astargfirullah..
Nurul
Fasiha Zakaria
8 Februari
2013, 8:36 am
Sebauh,
Bintulu, Sarawak
No comments:
Post a Comment