Saturday, October 20, 2012

Fattabiouni Al-Hijrah


Bismillah.. Dengan Nama ALLAH..

Saya bukanlah seorang pelajar yang berkelulusan agama apatah lagi yang memegang status seorang yang bergelar ‘ustazah’. Kecuali gelaran tersebut diberikan sewaktu menjalani praktikal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu suatu ketika dahulu. Itu pun kerana budaya sekolah tersebut yang memanggil semua guru-guru dengan gelaran ‘ustaz’ dan ‘ustazah’. Tetapi tanpa kelulusan agama pun, fitrah sebagai seorang manusia tentulah menginginkan suapan untuk rohaninya. Dan makanan rohani kita sepatutnya ‘hidangan’ yang mampu mengingatkan kita kepada ALLAH SWT.

Sejak memiliki Astro di rumah, RM80 yang diperuntukkan setiap bulan nampaknya berbaloi dengan kehadiran channel TV AL-HIJRAH. Saya tidak tahu jika program TV ini dibiayai oleh kerajaan ataupun swasta kerana ‘hidangan’ yang diberikan berbentuk makanan rohani yang saya perlukan. TV1, TV2 atau TV3 mungkin tidak terdapat dalam senarai channel pilihan saya. Huhu, anda mungkin tahu kenapa...

Para pembaca sekalian,

Fattabiouni(Ikutilah aku) dan Khawateer Syabab(Pemikiran Pemuda) adalah yang paling top dalam senarai saya. Rancangan arab yang ada subtitle bahasa melayu, jadi mudah nak faham bagi yang belajar bahasa Arab tak habis macam saya.. hehe.. Jadi, kali ni nak cerita pasal satu rancangan je la, Fattabiouni..

Erm, biasanya rancangan ni dalam 6-7 minit macam tu. Sekejap sahaja dan biasanya selepas azan berkumandang di TV Al-Hijrah, rancangan ini pula akan ke udara. Ianya sebuah projek untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, berkisar mengenai sunnah-sunnah Rasulullah saw tercinta dan sirah-sirah yang diperincikan oleh Sheikh Al-Habib Mohammad Al-Saqqaf. Ianya seperti kultum, kuliah tujuh minit yang sangat berkesan dalam zaman dimana manusia mengejar masa. Fattabiouni itu sendiri diambil daripada surah Ali Imran ayat 31, 

 
Firman ALLAH Taala: "Katakanlah (Muhammad) jika kamu mencintai ALLAH maka ikutilah aku, nescaya ALLAH mencintaimu."

Sebenarnya, pendengaran kita sudah biasa mendengar sirah-sirah Nabi saw yang diulang-ulang (namun, jujurnya tidak banyak yang melekat di dalam minda kita), tetapi pendekatan dan penceritaan yang diceritakan oleh Al-Habib sangat menyentuh jiwa. Beliau ‘seolah-olah’ melihat perlakuan Rasulullah saw dan menyampaikan apa yang dilihatnya kepada umum untuk dijadikan amalan. Tanda beliau sangat mencintai Rasulullah sehingga kecintaannya kepada baginda saw dirasai oleh pendengar. 


  Sheikh Al-Habib Mohammad Al-Saqqaf

Banyak sangat episod-episod yang ditayangkan. Tetapi saya hanya mahu berkongsi sebuah cerita sahaja sebagaimana yang dikongsikan didalam youtube. Kisah berkenaan ‘mobile’s ringtone’..

Pernah terjadi disebuah masjid di Tanah Arab, sedang jemaah menunaikan solat fardu bersama imam, kedengaran bunyi hanset yang membingitkan telinga. Selepas sahaja solat, si imam memegang mikrofon dan mengeluarkan kata-kata pedas memaki si empunya hanset tersebut. Dia meminta empunya hanset tersebut bangun. Rupa-rupanya yang bangun adalah seorang tua berketurunan Pakistan. Selepas itu, dia berjalan melalui jemaah-jemaah masjid yang memandang dengan penuh sinis seolah-olah beliau melakukan perkara yang haram. Mereka mengeluarkan kata-kata yang kesat.

Al habib menyambung, jika dia berada disitu, mungkin dia akan memegang mikrofon dan  berkata kepada jemaah, “Mungkin kerana dia tua, dia tidak tahu untuk menetapkan hansetnya pada mode senyap atau menutupnya.” Perkataan ‘mungkin’ dapat menyelamatkan kita daripada mengeji seseorang yang melakukan kesilapan. Pernah terjadi pada zaman Rasulullah saw, seorang arab badwi yang kencing di dalam masjid. Akhlak nabi saw yang tinggi menyebabkan para sahabat membatalkan niat untuk menghukum orang tersebut.

Sahabat-sahabat yang diredhai ALLAH,

‘Fattabiouni’ membawa manfaat yang banyak kepada ummat Islam di Malaysia khususnya. Kita kadangkala hanyut dengan slogan 1Malaysia yang bagi saya slogan yang seolah-olah menyeru kepada kesamarataan agama. Na’uzubillah.. Projek yang menyeru kepada mengikut sunnah ini harapnya dapat dihadam oleh kita yang selalu alpa. Rasulullah adalah contoh yang paling baik dan sesuai untuk sepanjang peradaban manusia, lalu masih ada lagi kah alasan dihadapan ALLAH kelak “Tiada yang ingin membimbingku, Ya ALLAH..”
Wallahu’alam..

Nurul Fasihah Zakaria,
20 Oktober 2012, 11:40 p.m,
Sebauh, Sarawak.

3 comments:

  1. bersangka baik juga sunnah rasulullah saw. trima kasih kerana sudi berkongsi :) .. oh ya mungkin slogan 1malaysia tu bagi tujuan memupuk dakwah utk menyebarkan islam sbg satu satu nya agama bagi semua makhluk. bersangka baik. wallahualam :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi. kedua2 rancangan ini sangat hebat. Setiap kali tonton, terasa sebak..terlalu banyak perisian harian yang diselitkan dan sangat menginsafkan.

    ReplyDelete
  3. syukran jazilan atas perkongsian saudari. diharap dapat perincikan lagi tentang kisah arab badwi tu

    ReplyDelete