Tuesday, April 19, 2011

Oh! Pemandu Bas

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kehadrat Ilahi. Atas rahmat dan belas ihsanNya, dapat juga saya menjawab paper ODE (Ordinary Differential Equation) yang diistilahkan sebagai killer subject. Saya redha dengan apa nilai gred yang akan diberikan selepas ini. Moga Allah mudahkan pensyarah saya, Puan Shiqin untuk menanda kertas kami.

Usai segala urusan di kampus tadi, kaki ingin melangkah pulang. Iya, melangkah pulang dengan menaiki bas kerana motosikal sahabat serumah punya masalah. Tidaklah dapat 'merempit' seperti biasa. Matahari semakin meninggi, namun awan mendung menutupi bahang sang mentari. 

'Hmm, bas Taman Bernam mungkin tidak ada hari ini. Mana ada exam di Taman Bernam. Naik bas KAB je la.' Bisik hati saya.

Cepat-cepat saya menaiki bas KAB. Saya pandang pemandu bas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dan cuba untuk senyum, tetapi pandangannya kelat. 

" Bang, nanti berhenti kat Taman Malim boleh?" ujar saya.
"Oh, takde-takde. Bas Taman Bernam kan ade. Tunggu je kat sana (di bus stop Taman Bernam)" Kata pemandu bas itu dengan nada suara yang agak tinggi dan kelihatannya bengang dengan pertanyaan saya tadi. 

Aduh.. Malunya.. 

Semua mata pelajar yang berada dalam bas tersebut tertumpu pada saya. Mungkin dengan pandangan kasihan, ataupun terkejut dengan jawapan pemandu bas tersebut.


Saya ucap terima kasih kepada 'abang' itu dan terus turun daripada bas.

Terasa besar kepala... Air mata pula bagai mahu tumpah.. Saya menahan marah. Rasa bengang dan geram yang amat ~~

Saya tidak faham kenapa saya dilayan sebegitu. Sedangkan saya cuba bercakap selembut mungkin. Bukan saya tidak kenal dengan pemandu bas itu. Bila ada pelajar perempuan lain yang kiut miut, yang cantik dan manis pula wajah, mula la dia bersembang siap bergurau lagi.  


Saya terfikir, adakah manusia itu akan dihormati bila punya rupa paras yang cantik? Ataupun punya harta dan pangkat yang besar? 


Tetapi, itulah dunia. Sedangkan Baginda s.a.w berakhlak baik dengan semua manusia, tetapi hanya kerana menyampaikan risalah Islam, Baginda diancam dengan bunuh.. Apatah saya yang tidak maksum ini. Semoga Allah kurniakan akhlak yang baik kepada pemandu tersebut. Aminn....



9 comments:

  1. nasib jadi pelajar UPSI...asyik kena marah jew..kena marah ngan drebar bas, kena marah ngan yang jaga kaunter...sabar je la kak...=)

    ReplyDelete
  2. tu la.. akak pun jadi tak faham.. hmm =(

    ReplyDelete
  3. Insyaallah...
    Sabar itu indah...
    Sabar itu syurga...
    Moga dirimu dicintai Allah...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Kesabaran itu memang pahit, tapi manis buahnya.

    Bila iman telah tumbuh dengan suburnya dalam dada, maka tumbuh pula sifat-sifat jiwa besar. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan di hati. Kesabaran pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya.

    ReplyDelete
  5. Baitil a'tiqa : Alhamdulillah, syukran ya Ukhti.

    Ustaz Abd Razak : Benar.. kesabaran itu sememangnya pahit, namun hasilnya begitu manis. Sifat mahmudah memang sukar untuk dipertahankan, kecuali bagi mereka yang istiqamah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..mungkin drebar tu ada masalah peribadi kut..tengah serabut dgn masalah dia..sabar dan bersangka baik deh :)..salam ukhwah dari ana..

    ReplyDelete
  7. Mimie Mizah : Benar.. Bila kita bersangka baik, hati kita pun takkan sakit..

    ReplyDelete
  8. nanti kalu sape2 naik hangin atau marah2...bagi je diaorang sebotol air mineral..ckp hadiah kemarahan...semoga manusia2 ini tahan sabar...skt2 marah, kalu bg senyuman dulu baru marah tu ok gak...

    ReplyDelete
  9. wah... kene bawak bekalan air mineral selalu ni.. hehe

    ReplyDelete