Friday, April 22, 2011

Manusia Hari Ini

video

Hari ini, manusia kian terjerumus ke lembah kehinaan. Pelaku maksiat seolah-olah bangga dengan kejelekan yang dilakukannya..

Hari ini, manusia semakin hilang arah tuju. Hidup mereka seperti buih-buih di lautan. Terhuyung hayang apabila di landa ombak badai..

Hari ini, bayi-bayi kecil tidak berdosa lahir daripada rahim yang tidak halal. Lalu apabila mereka melihat dunia, si kecil dikeji dan dihina atas dosa manusia durjana..

Hari ini, hal dalam selimut disebar-luaskan pada dunia tanpa sempadan. Lalu, gelaplah hati umat manusia hari ini daripada menerima cahaya Hidayah..

Dalam segenap hal, kita semakin diancam dengan pelbagai mehnah (ujian) yang selalu menduga iman di dalam dada. Bila maksiat semakin menjadi 'trend' masa kini, imbauan kisah-kisah umat yang dilaknat oleh ALLAH suatu masa dulu menjadi peringatan yang begitu berharga. Kisah kaum 'Ad, kaum Lut, kaum Thamud sepertinya mempunyai persamaan dengan umat hari ini. 

Lalu bagaimana harus kita ubah 'trend' yang berubah menjadi asasi kepada manusia-manusia yang tenggelam dalam arus kejahilan hari ini? 

"Dengan ISLAM...."

Iya, jawapan yang terlalu mudah dan kebanyakan orang sudah tahu akan penyelesaian kepada masalah-masalah kritikal yang berlaku kepada umat yang semakin terjerumus kepada lembah kejahilan. Namun, perjuangan untuk menegakkan Islam terlalu perit. Ia memerlukan kepada pengorbanan yang begitu ikhlas, pengorbanan yang membutuhkan harta dan NYAWA. 

Ramai yang bisa berbicara, bisa berhujah atas nama Islam, tetapi berapa ramai pula yang sanggup bersama masyarakat yang memerlukan pimpinan dan bimbingan daripada mereka yang dikatakan 'celik agama'. Tidak ramai para pencinta agama yang mahu menabur kefahaman agama terhadap insan-insan yang semakin tandus roh mereka.


4 comments:

  1. Manusia esok hari lagi kita tidak boleh bayangkan.. kalau hari ini kita sudah mengucap panjang dengan sifat manusia, hari mengdatang bersedialah kita kalau kita untuk menghadapinya

    ReplyDelete
  2. Betul tu akhi.. Hmm.. apa peranan kita? Sekadar berdakwah guna medium internet sahaja tak cukup.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Jika negara lain rebah dengan musibah tsunami, gempa bumi, gunung berapi, banjir besar, kemarau panjang dan sebagainya. Namun, negara kita lagi parah dengan musibah gejala sosial, buang bayi, mat rempit, zina, dadah, arak dan lain-lain yang nampaknya sukar untuk dibendung melainkan setiap keluarga masing-masing bangkit membangun keluarga sendiri agar bakal lahir generasi yang bertaqwa..

    ReplyDelete
  4. Waalaikum'salam ustaz..

    Proses Islamisasi bermula dengan Individu, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya kepimpinan Islamiah...

    ReplyDelete