Wah, sedapnya apam balik...
Sabtu.
Ada apa dengan Hari Sabtu?
Allah SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan di dalam hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut.
1. Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh.
2. Tipu daya kaum Saleh a.s terhadap unta Nabi Saleh a.s.
3. Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof a.s.
4. Tipu daya Firaun terhadap Nabi Musa.
5. Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa a.s.
6. Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w.
7. Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT.Dan....
Hari Sabtu adalah hari untuk pasar malam di Tanjong Malim =)
Iya... Hari Sabtu sangat istimewa kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Begitu juga bagi penduduk Tanjong Malim. Usah cakap lah, bila hari sabtu sahaja, berbondong-bondong sosok manusia di celah-celah gerai yang ada. Tetapi, yang hairannya, pasar malam ini akan dipenuhi kelibat manusia bila menjelangnya waktu Margrib.
Kadang-kadang, dalam hati terdetik, 'Peniaga-peniaga disini sibuk melayan pelanggan. Sedangkan waktu Margrib sangat singkat. Solatkah mereka?' Kalau yang beragama lain, tidak mengapalah sebab ianya bukan syariat mereka, tetapi bagaimana pula yang Muslim? Kopiah diatas kepala hanya perhiasankah?
Tetapi, bukan semua begitu. Alhamdulillah, ada juga peniaga yang sangat menjaga waktu solat. Saya tidak tahu nama peniaga ini, tetapi suka saya gelarkannya 'Pak Cik Apam Balik'. Jelas berlaku di hadapan saya, bahawa Pak Cik ini mendahulukan solat daripada perniagaan Apam Balik-nya.
Suatu ketika, saya bersama teman menjengah ke gerai-gerai makanan. Waktu itu margrib sudah menjelang. Teman saya ini 'suka' membeli apam balik pak cik tersebut. Saya pun tidak tahu kenapa. Sederet dengan tempat yang sama, ada juga peniaga yang menjual apam balik, tetapi kurang pelanggan berbanding pak cik ini. Saya perhatikan gerai pak cik tersebut, hmm.. biasa-biasa aja, tiada apa yang istimewa. Sebuah van putih yang telah uzur tersandar di belakang gerai. Bila malam, hanya cahaya lampu dari gerai yang lain menerangi gerai pak cik ini. Kemudian, ada sebuah kuali leper yang besar dan beberapa lagi yang bersaiz kecil. Itu sahaja. Seakan tiada yang istimewa pada pandangan umum. Gumam hati saya.
Sedang asyik menunggu apam balik 5 keping yang berharga RM2 itu, datang seorang pelanggan lain, "Apam balik 2 ringgit." Wajah pak cik itu seakan resah. Tiba-tiba dia berkata, "Boleh, tapi lambat sikit la ye. Nak solat margrib dulu."
Fuuhhh.....
Sejuk hati saya.
Saya terfikir, patutlah pelanggan datang tidak putus-putus. Yang berbangsa lain pun ada yang datang membeli apam balik pak cik ini. Rupa-rupanya, ada satu perkara yang tersangat 'istimewa' iaitu solat menjadi keutamaan walau bakal kehilangan pelanggan. Namun, atas tawakal pak cik apam balik ini, berpusu-pusu pelanggan pula yang ALLAH gantikan. ALLAHUAKBAR!
Sahabat-sahabat sekalian.Tidak rugi hamba yang berjual beli dengan ALLAH. Secara logiknya, pada waktu solat itu pastilah ada pelanggan yang akan datang dan pastilah akan rugi. Tetapi, ALLAH gantikan dengan pelanggan yang lebih ramai dan banyak pula untung yang menanti. Subhanallah...
Indahnya manusia yang berjual beli dengan ALLAH.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (QS. At Taubah : 111)
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga Allah anugerahkan kebaikan yang banyak buat cikgu...amin
Begitulah hamba yang hatinya telah gembira dengan Allah SWT. Ia merasa cukup dengan Allah. Kerana itu, hatinya tidak lagi bergembira dengan dunia, sebab ia tidak merasa cukup dengan dunia. Ia hanya merasa cukup dengan Allah SWT..
Wallahu'alam
pandai menulih deme yer..hehehe..
ReplyDeletebeloh mano pacit ni jual???
ReplyDeletedpn tabung aji 2 ko??hehe....kna g bli nie.. :D
Ila...
ReplyDeleteUstaz Abd Razak,
Waaaikum'salam.. Saya aminkan doa ustaz.
Anonymous/Cikgu Ijan,
Anugerah Allah.. Alhamdulillah.. Anda juga mampu!
Jie,
Hehe..
Sebeloh ngan hok jual murtabak ekonomi ngan roti boom.. situ la.. hehe