Friday, February 5, 2010

Marah

Hari ini, hati terasa panas. Badan terasa dihempap batu yang besar. Nafsu amarah seakan menguasai diri. Ibarat api dalam sekam, sedikit demi sedikit mampu menghasilkan api yang marak. Aku mengerti, marah akan memakan diri sendiri. Namun, aku bagaikan lupa marah itu berasal daripada mana.
Astargfirullah.. Aku beristirghfar...
Aku tidak layak untuk berasa marah, kerana Dialah yang lebih berhak untuk marah, untuk murka terhadap hamba yang ingkar.
Aku termenung..
Mengimbas kembali kesan kepada amarah. Pernah terpampang di dada akhbar seorang lelaki yang mati ditembak oleh anggota polis akibat mengamuk. Kejadian ini berlaku di utara tanah air. Kerana ditinggalkan rakan dan terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah hampir 50 kilometer, rasa marah mengakibatkan lelaki tersebut nekad untuk menetak sahabatnya dengan parang. Semuanya kerana marah.
Allahurabbi, lindungi aku perasaan amarah..

No comments:

Post a Comment