Tuesday, February 23, 2010

Cinta Teragung

Terusik hati tatkala menghayati bait lirik yang dinukil dalam nasyeed dendangan kumpulan Mestica..

 

" Curah air ke tebing tinggi,
   Tumbuh pohon indah berseri,
      Dahannya teguh berdaun hijau,
         Akar kukuh di tanah subur.
 
Tersusun rapi tiada bertingkah,
      Rumpun alam seiring bersama,
          Itu petanda ada pencipta,
               Singkap tauhid pada manusia."

Alam yang telah diciptakan Rabb telah membuktikan kewujudan Tuhan Yang ESA. Tiada dua Tuhan yang mentadbir alam ini. Sama juga perumpamaan seperti dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapal. Jika seorang ketua, anak kapal pasti akan mengikut perintah. Tetapi, jika dua orang ketua yang memberi arahan, bukankah akan terjadi kekeliruan dan akhirnya pertelingkahan. Itulah petanda bahawa kita memerlukan seorang Tuhan bukan dua mahupun tiga.
Petanda kekuasaan Allah berada di sekeliling diri kita. Namun, tidak sama orang yang buta dan orang yang celik.. Wujud di dunia ini orang yang tahu, tetapi buat-buat tak tahu. Mereka nescaya telah dibutakan hati oleh Allah untuk melihat kebenaran kerana mereka ingkar terhadap hukum Allah.

Sahabat, sama-sama kita refleksi diri. 

''Dimana kita letakkan cinta Allah dalam hati kita?"

Terlalu alpa kita mencintai insan sedangkan cinta Allah yang agung ini tidak pernah wujud dalam hati kita..
 

"Rabbi, andai kami menyembahMu kerana syurga yang penuh nikmat, masukkanlah kami ke nerakaMu. 

Dan andai kami menyembahMu kerana neraka yang penuh azab, lemparkanlah sahaja kami ke sana kerana takut dan kasih kami bukan untukMu tetapi untuk makhluk ciptaanMu.. 

Rabbi, terlalu lemah kami dalam berdiri. Teguhkan iman kami. 

Kami terlalu ingin bertemu dengan Engkau, pencipta diri kami."

1 comment:

  1. Assalamualaikum ya Ustazah,
    Tenang dan damai rasanya membaca entry ni. Punya pengisian rohani diselitkan dengan tadzkirah islami.

    ReplyDelete