Bismillah..
Semoga tulisan saya kali ini jauh daripada
deruan fitnah juga saya berlindung daripada ALLAH SWT syirik-syirik khafi
tatkala jari jemari saya menaip setiap patah perkataan untuk tajuk ini.
Apa yang berada di fikiran anda pada saat
anda membaca tajuk diatas?
‘Eh, anjing
hitam ke kucing hitam? Silap taip ke ni?’
‘Anjing
hitam... Emm, jelmaan setan?!!’
‘Mata merah,
badan hitam legam?’
‘Kenapa la
Fasihah nak citer pasal anjing-anjing plak ni,
binatang lain kan banyak lagi..’
Anjing hitam bermata coklat. Ceewah, ni macam kacukan anjing Belanda.
Buat muka macam anjing pulak anjing ni.. Hehe
Saya nak jawab soalan yang saya sendiri
cetuskan, ‘Kenapa nak bercerita pasal anjing?’ Saya cuma teringatkan seekor
anjing hitam yang selalu bersantai di sekitar lampu isyarat pertama menghala ke
bandar Bintulu daripada tempat mastautin kami, Sebauh. Anjing itu bukan sekali
atau dua kali berada disitu, tetapi setiap kali kami melalui jalan tersebut, ia
akan dilihat berkeliaran di situ. Hanya anjing itu seekor sahaja, tiada
anjing-anjing yang lain apatah lagi kucing. Walau cuaca panas, hujan, kalau ada
musim luruh, salji pun saya rasa ia masih disitu. Saya dan suami menyedarinya
sejak tahun lepas, ketika kami berulang-alik ke bandar Bintulu mencari barang
keperluan.
Anjing tersebut mengingatkan saya kisah
seorang pelacur dengan seekor anjing. Saya ambil kisah ini daripada
al-fikrah.net,
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw pernah bercerita,
“Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur (telaga) untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, ‘alangkah hausnya anjing itu seperti yang baru kualami.’ Lalu dia turun kembali ke sumut, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minum kepada anjing itu. Maka ALLAH berterima kasih kepada lelaki itu (diterima amalnya) dan diampuniNya dosanya.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?”
Jawab Rasulullah saw, “Menyayangi setiap makhluk hidup (tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya).” (Hadith Sahih Muslim, jilid 4, no hadith 2099)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bercerita, “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba ia dilihat oleh seorang wanita pelacur bangsa Bani Israel. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberi minum anjing yang hampir mati itu. ALLAH SWT mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya memberi minum anjing itu).
Kalian dah baca kisah ini?
Ibrahnya ialah ALLAH SWT menyampaikan kisah
ini pada Rasulullah saw supaya baginda mengajarkan kepada manusia supaya
berbuat baik kepada makhluk ALLAH yang lain. Siapalah kita untuk mengambil
nyawa binatang yang telah ALLAH haramkan kita untuk memakannya kecuali binatang
itu memberi mudarat kepada kita.
Pernah suatu ketika, kami melalui jalan
tersebut. Waktu itu hujan turun renyai-renyai, dan anjing tersebut tidak
berinjak dikawasan itu. Saya cuba menyahut seruan baginda saw dengan membaling
sekeping roti kearah pembahagi jalan, harapnya anjing hitam itu dapat menelan
secebis rezeki dari ALLAH buat kami. Semoga ALLAH menerima amalan yang
sangat-sangat kecil ini.
Lain pula kisah anjing hitam yang terpahat
dalam memori saya sewaktu tinggal di Taman Malim, Tanjung Malim, Perak. Ketika
itu, saya masih menuntut di UPSI, Semester 5 tahun 2011. Apabila mesyuarat
tamat pada lewat malam, saya akan melalui jalan-jalan yang sunyi menuju ke
rumah. Melalui kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kes-kes pecah rumah
dan sebagainya menyebabkan dada saya sedikit cuak.
Gambar ni tiada kaitan dengan Taman Malim tu, tapi cari gambar papan tanda Taman Malim
tak jumpa, jadi letak la gambar papan tanda Tanjong Malim, stesen keretapi ni.
Oh, rindunya tempat ini..
Saya menunggang motosikal milik kawan memasuki
jalan Taman Malim. Ngauman ekzos motosikal memecahkan sunyi di deretan kedai
yang telah pun tutup. Kali ini saya ingin mengelak daripada melalui selekoh di
pinggir hutan, lalu saya mengambil alternatif melalui jalan di kawasan
perumahan pinggiran bukit kerana rumah saya berada di atas bukit. Saya tukarkan
kepada gear 2, jalan itu agak mendongak 30 darjah mungkin.
Daripada kejauhan, saya melihat kelibat 2
ekor anjing. Salah satunya berbulu hitam dan seekor lagi berbulu coklat. Saya
berniat untuk menghalau anjing tersebut. Lalu saya kuatkan bunyi ekzos.. broooomm..
broooomm.. persis ‘mat rempit’ yang hendak merempit. Anjing itu memandang
kearah saya (mungkin tanda tidak berpuas hati dengan tindakan saya). Kemudian,
kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi. Saya dikejar oleh anjing hitam
itu! Ya ALLAH, saya memecut motor saya dengan laju. Dup, dup, dup... Dada saya
berdebar... sangat berdebar, bagai mahu pecah jantung saya mengepam darah.
Selepas kejadian itu, saya tidak lagi melalui
jalan tersebut pada lewat malam. ALLAH hendak memberi peringatan kepada saya
seolah-olah Dia berkata,
‘Hormat pada semua makhluk ALLAH, mereka akan menghormatimu.’
Rasanya sekadar ini dahulu perkongsian
daripada saya. Bagaimana pengalaman anda pula?
Wallahualam..
Nurul Fasiha
Zakaria
Sebauh,
Bintulu, Sarawak.
23 Februari
2013, 11:48 a.m
Orang Bijak berkata:
ReplyDeletesemua mahluk adalah ciptaan Tuhan dan berhak hidup sama seperti Manusia, tanpa memandang Warna maupun Jenisnya.
Setan berwajah Malaikat berkata:
Anjing diciptakan Tuhan untuk berdampingan dan menjaga manusia, bagaimana aku bisa mengoda manusia jika selalu dijaga oleh Anjing, apalagi Anjing warna Hitam, sangat menakutkan bagiku.
Timur tengah adalah Sorgaku, dimana disana tidak ada Anjing, sehingga aku bisa menebarkan Terror, Kebencian, Permusuhan dan Pembunuhan…
Apa Salah dari Babi, Anjing, Kafir dan lainnya ???
Apa mereka bukan Ciptaan Tuhan, memang cara pikir orang Arab sangat berlainan dengan Suku Bangsa Lainnya....