Assalamualaikum..
Apa khabar pembaca sekalian? Khaifa halukum?
Dah lama saya tak kemaskini blog. Beberapa hari ini, saya bertungkus lumus menyiapkan montaj untuk pelancaran program SUMUR (Sahsiah Unggul Murid) pada perhimpunan sekolah pagi tadi. Hampir juling mata saya.
Sekarang sedang menunggu kelas jam 12.25 tengahari. Guru-guru lain sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang sedang menghadap laptop, masukkan markah untuk PPD, ada yang sedang buat jualan makanan freeze, ada yang gelak-gelak, ada yang sakit kepala. Hmm.. Memang seronok hari ini. Dah rasa macam guru sebenar, walaupun baru je jadi guru praktikal.
Nak ambil sebentar sahaja untuk pengisian blog hari ini. Saya nak kongsi satu kata-kata mutiara daripada Syaikh Ibn Atha'illah,
Tiap-tiap kalimat yang keluar dari lisan, pastilah membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya. Hati bagaikan teko. Teko hanya mengeluarkan isinya. Bila ia berisi air kopi, maka yang pun air kopi. Demikian pula, jika isinya air bening (jernih), maka yang keluar pun pasti air bening.
Semoga permulaan hari ini bermula dengan keikhlasan. Dan akhirnya adalah kebahagiaan. Insha'Allah.
No comments:
Post a Comment