Thursday, March 4, 2010

The Children Of Heaven

Terasa buntu malam ini untuk mengadakan halaqah. Apa yang pengisian yang harus ku beri kepada adik-adik setelah sekian lama tidak bertemu mereka? Adakah aku akan berfokus pada tajuk yang perlu ku huraikan yakni seperti yang tertera dalam modul halaqah II?  Ahh, buntu...
Lalu, alhamdulillah.. diberi hidayah untuk membawa mereka menonton kisah THE CHILDREN OF HEAVEN.. Filem daripada negara Tehran..



Sinopsis


Ali membawa kasut adiknya, Zahra kepada tukang kasut untuk dibaiki tetapi kehilangannya dalam perjalanan pulang ke rumah. Kedua-dua adik beradik itu bertekad untuk menyembunyikan rahsia itu daripada ibu bapa mereka kerana takut dimarahi apatah lagi orang tua mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kasut yang baru. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkongsi kasut yang sama, iaitu kasut Ali : Zahra akan memakainya pada waktu pagi dan bertukar dengan Ali pada waktu tengahari supaya Ali dapat ke sekolah pula di sebelah petang. Keadaan yang tidak selesa ini membawa mereka berhati-hati menyimpan rahsia daripada pengetahuan ibu bapa juga guru-guru mereka. Dalam masa yang sama, mereka berusaha untuk mendapatkan kasut Zahra. Pada suatu hari, Zahra ternampak rakan sekolahnya memakai kasutnya yang telah hilang dahulu. Dia mengikut budak perempuan itu sehingga ke rumah. Menyedari bahawa budak perempuan itu mempunyai seorang ayah yang buta, akhirnya kedua-duanya ditakdirkan menjadi sahabat.
Ali pula memasuki pertandingan lari jarak jauh dan berharap untuk mendapat tempat yang ketiga di mana hadiahnya ialah sepasang kasut. Ali berharap dapat mendapatkan kasut itu untuk adiknya, Zahra. Tetapi, Ali memenangi hadiah yang lain pula, iaitu tempat yang pertama. Kakinya melecet dengan teruk akibat memakai kasut yang telah uzur..
Kisah ini berakhir apabila ayah mereka membeli hadiah kasut untuk mereka berdua.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Wah, mcm bestlah movie ni ya ustazah. Nanti ana tanya naqib ana untuk kami bedah movie ni.

    ReplyDelete
  2. wsalam.. sebenarnya nak tulis panjang lagi, tapi tak tetulis lagi.. Filem ni pernah dapat award, oscar award kalau tak silap..
    Tonton dulu filem ni then bedah la kalau nak bedah,,

    ReplyDelete
  3. salam siha..ana pernah tengok cerita nie,..sgt menyentuh hati...buat ana menitis air mata, bukan sbb cerita nie sedih,tp pembawaan watak Ali sbg abg dan anak,ketaatan n pengorbanan Ali buat ana tersentuh,..mmg cerita nie bg banyk pengajaran..

    ReplyDelete
  4. tu la.. ali kalau dia dah buat muke sedih die tuu.. fuhhh

    ReplyDelete