Wednesday, March 3, 2010

Gerimis Hatiku

Artikel ini pernah saya nukilkan pada Khamis, 6 Mac 2009. Sekadar renungan kita bersama..

Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah Rabbul Izzati kerana ana masih lagi dapat merasai ketenangan pada hari jumaat, sayyidul ayyam.. dalam masa beberapa hari ini, kesibukan memenuhi segenap ruang masa ana, namun, inilah yang dinamakan PERJUANGAN..
Berkejar kesana kemari.. dengan assignment yang terkontang kanting.. berat badan pun susut.. hehe.. bimbang la plak kalau jadi sekeping macam papan nanti~ ish2, tak mungkin
Semalam, dalam perkarangan sebuah masjid yang tersergam indah di negeri sembilan, ana dan ukhti nazira mengambil tempat di tempat parking van jenazah sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain.. Ana pun memulakan bicara......
"Sayang masjid sebesar ini takde orang kan akak... dah la masjid ni mewah.. kipas tu, 3 bijik setiap tiang.." kata ana.
"Hmm.. itulah tandanya akhir zaman dik.. peranan kita sebagai mereka yang diberi kefahaman Islam untuk memberi kesedaran.." Ucap Ukhti Nazira dengan riak wajah cool nya seperti biasa.
"Teringat pulak zaman sekolah, matrik.. senang je nak buat baik.. qiammulail, puasa selalu.. tapi, sejak mula terjebak dengan jalan ini, bende2 yang biasa kita buat dulu jadi macam liat je.. Astargfirullah.. lemah nya iman.." ana cuba mengutarakan apa yang ana rasa sekarang ini..
"Adik.. itu tandanya Allah sayang kat kita.. kita bukan orang biasa lagi dah.. Allah mahu terus bagi kesedaran kalau kita terleka.. kalau dulu, kita senang nak buat kebaikan, tapi time tu syaitan2 yang ganggu kita yang kecik2.. tapi sekarang, yang berpangkat general ganggu iman kita.. Allah mahu meninggikan darjat kita, sebagai pejuang agama Allah, sebab tu, Allah perlu bagi ujian yang besar buat kita.. Baiki hubungan dengan Allah.. Qiammulail selalu.." kata-kata Ukhti nazira menikam kalbu.. gerimis yang membasahi bumi pada malam jumaat semalam, bagaikan mengerti pergolakan yang berlaku dalam hati ini..

'Ya Allah, aku lemah dalam perjuangan.. seringkali aku tersungkur di pertengahan jalan.. sedangkan perjalananku masih terlalu jauh.. seringkali aku menangis, meminta simpati kepadaMu untuk aku terus cekal dalam hidup ini.. tetapi, semakin aku berdoa dan berharap kepadaMu semakin banyak pula dugaan yang timbul dalam meniti titian perjuangan.. namun aku tahu bahawa Kau mahu memberikan yang terbaik buat diriku.. Kau mahu aku menyelesaikan dugaan demi dugaan dengan kesabaran, bukan dengan perasaan amarah dan tindakan yang membuta tuli..'

2 comments:

  1. Salam,
    serba serbi kehidupan kita semua sama. adakalanya kita semangat dlm perjuangan ini dan juga dlm beribadat. dan terkadang kita jadi alpa, leka, dan seumpamanya... inilah yg dinamakan iman turun dan naik. tuntas, ayuhlah kita bersama2 memperbaiki diri kita dlm mengecapi mardhatilah.

    ReplyDelete
  2. Insha'Allah.. Saat ini, tiada ungkapan yang mampu diungkapkan selain syukur Lillah..

    ReplyDelete