Tuesday, October 20, 2009

Salahkah ku menyintainya?



"Salahkah saya menyukai seseorang sebelum berkahwin?"

Tiba-tiba soalan itu diajukan kepada saya.

"Salahkah untuk menyembunyikan perasaan itu dahulu?"

Saya cuba untuk memancingnya dengan persoalan juga. Saya mahu mewujudkan perbincangan yang sihat bersama sahabat saya ini. Saya mahu menasihatinya dengan penuh hikmah supaya dia mahu menerima akan kebenaran hakikat yang sukar untuk dirasa ini.

Saya telah menerima perkhabaran bahawa sahabat saya ini sedang bercinta! Hati saya tidak keruan. Suatu hari saya bertanya akan kebenaran berita itu kepada sahabat saya ini, dan dia mengiakan...

'SahabatMusleem'/ Sahabatku,

Bukanlah menjadi kesalahan untuk kau menyukai seseorang, kerana fitrah insan adalah untuk mencintai dan dicintai. Akuilah bahawa hatimu akan sunyi tanpa hadirnya cinta!
Norma manusia yang berlainan jenis akan tertarik antara satu sama lain. Bukankah Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Bukan sahaja manusia, bahkan segala apa yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Setiap manusia akan cenderung untuk mencintai satu sama lain kecuali mereka yang menutup hatinya untuk menerima cinta.

"Takkan awak tak pernah menyukai seseorang?"

Soalan kedua dituju pula kepada saya.

Saya menarik nafas panjang. Memori lama datang bertandang.

"Pernah. Saya pernah menyukai seseorang."

Ya, saya pernah menyukai seseorang. Namun, saya tidak akan sesekali menyuarakan bisikan hati saya ini untuk seseorang yang belum tentu ditakdirkan untuk menjadi milik saya. Saya juga insan biasa, mustahil perasaan sebegitu tidak pernah hadir dalam diari hidup saya. Saya biarkan perasaan itu berlalu kerana saya punya tanggungjawab yang lebih besar perlu dilaksanakan daripada saya melayan kehendak hati dan nafsu saya..

'SahabatMusleem'/ Sahabatku,

Saya ingin mengatakan kepadamu ialah cinta sebelum kahwin adalah cinta yang sebenarnya tidak pasti. Hala tujunya masih kabur dek cinta yang kau ciptakan dalam duniamu itu penuh dengan angan semata-mata. Kau sanggup melakukan maksiat kerana cintamu itu. Bagaimana kau nyatakan bukan fitnah untuk bedua-duaan di khalayak ramai? Sedangkan mata yang memandangmu sudah cukup untuk mengatakan bahawa kamu adalah pasangan kekasih! Kenapa kau sanggup memutar belitkan hukum Allah untuk menutup kesalahan yang kau lakukan itu. Saya bimbang hatimu akan diselubungi awan hitam apabila kau berterusan begini. Allah telah berfirman:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat."
(Surah Al-Aa'raf: 179)

'SahabatMusleem'/ Sahabatku,


Seperti dalam madah pujangga,
Cintakan Bunga,
Bunga akan layu.
Cintakan Manusia,
Manusia akan mati.
Cintakan Allah,
Kekal Abadi.

Bukankah ianya suatu yang indah apabila cinta Allah menjadi keutamaan daripada yang utama. Allah sanggup untuk melihat hambaNya digergaji, dibunuh, dicaci dan dicerca untuk membuktikan bahawa agama adalah lebih berharga daripada nyawa. Bukankah Allah telah berjanji untuk memberikan syurga kepada hamba yang berjual-beli dengan Allah SWT. Cinta Allah itu tiada bertepi. Tiada penghujungnya.

'SahabatMusleem'/ Sahabatku,

Rabia'ah al-adawiyah, seorang sufi yang hanya melampiaskan cintanya hanya untuk Rabbul Izzati pernah bermunajat:
"Jika aku menyembahMu kerana takut apiMu, maka bakarlah aku dengan api jahanam, dan jika menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu maka haramkanlah aku memasukinya. Adapun jika aku beribadah kepadaMu kerana cinta kepadaMu, maka janganlah Engkau haramkan aku untuk menyaksikan wajahMu. Wahai Tuhan, jadikanlah neraka itu untuk musuh-musuhMu dan syurga untuk para kekasihMu, sedangkan aku, cukuplah Engkau."

'SahabatMusleem'/ Sahabatku,

Ketahuilah bahawa saya nukilkan warkah ini untuk kau sedari bahawa cintailah Ilahi sebelum manusia. Letakkan tanganmu diatas dada, dan katakanlah,

"Dimana aku letakkan Allah dalam hatiku?

Dimanakah sifat hamba dalam diriku sehingga aku sanggup mengenepikan cinta Allah hanya untuk cinta manusia yang tidak menjanjikan apa-apa balasan untukku di akhirat?".

Ketahuilah sahabatku bahawa jiwaku ikhlas untuk memberi nasihat untukmu sebagai peringatan untuk diri ini juga. Manusia tidak terlepas daripada mencoretkan dosa dalam diari hidup, namun sedarlah bahawa dosa itu bisa terhapus dengan kebaikan yang kau lakukan hanya untukNya.

~Cintailah Allah, wahai sahabatku~

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam, menurut pandangan Ibnu Qayyim, masalah cinta yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah dan perihal cinta yang menjadi sebab kemurkaan Allah,ada 5 jenis cinta di sini, semuanya perlu dibezakan. Tersesatlah orang yang tersesat kerana tidak boleh membezakan macam-macam cinta tersebut :

    Pertama, cinta Allah, dan cinta ini tidak cukup untuk selamat dari Allah dan seksa-Nya dan kebahagiaan dengan pahala-Nya. Orang-orang musyrik, para penyembah salib, orang-orang Yahudi dan selain mereka juga cinta kepada Allah.

    Kedua, cinta pada apa yang dicintai Allah, inilah yang dapat memasukkan ke dalam Islam dan mengeluarkannya dari kekufuran. Manusia yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling lurus dan paling teguh dengan cinta ini.

    Ketiga, cinta pada dan dalam Allah. Cinta ini merupakan cinta yang semestinya. Cinta apapun terhadap Allah tidak akan lurus tanpa cinta pada dan dalam Allah.

    Keempat, cinta yang disertai dengan cinta kepada Allah. Itu adalah cinta syir’ki. Orang yang mencintai sesuatu bersama Allah, bukan untuk Allah, bukan kerana Allah dan bukan di dalam Allah, bererti telah membuat tandingan di sisi Allah, ini adalah cintanya para musyrikin.

    Kelima, kita tidak ada di dalamnya, yakni cinta naluriah. Cinta ini berupa kecenderungan terhadap nalurinya, seperti orang haus ingin minum air, orang yang lapar ingin makan, ingin tidur, ingin isteri, ingin anak dan sebagainya. Cinta seperti ini tidak tercela, kecuali boleh mengganggu atau melalaikan daripada Allah, dan ia disibukkan oleh cinta terhadapnya. (Al-Jawaabul Kaafi, hlm. 134

    ReplyDelete
  3. cinta..emm..satu ungkapan yang indah..memukau sesipa yang terkena virusnya. memeprkatakannnya satu keasikan..namun awas...kenali cinta yang sebenar.

    ReplyDelete