Monday, October 17, 2011

Wahai ALLAH.. Hati hamba sangat sedih..



Wahai ALLAH.. Hati ini direnggut kesedihan..


Entah apa yang bermukim di dalam dada. Sesaknya dada ini. Terasa mahu menghamburkan kesesakan itu dengan deraian air mata. Biar diri ini tahu bahawa hakikat jasad ini hanyalah al-insan, tidak lebih dari itu. Kita ini sedang dimiliki dan tidak pernah memiliki. 


Kecewa dengan apa yang sudah terjadi? Iya, kecewa itu tanda engkau menginsafi perbuatanmu itu, tetapi janganlah menjerut lehermu dengan sesalan yang berlebih-lebihan sehingga engkau bagaikan lupa bahawa engkau bukan hidup untuk hari semalam, tetapi engkau hidup untuk hari yang mendatang.


Kenapa terlalu ikutkan emosi sedangkan emosimu itu seharusnya engkau belai dengan ayat-ayat ALLAH. Biarkan ia tenang supaya akalmu dapat berfikir dengan waras kembali. Akuilah bahawa engkau akan membuat keputusan membuta tuli dalam keadaan yang tidak tenang. Jadi, bertenanglah dengan ayat-ayat ALLAH. Dirikanlah solat. Tidakkah engkau menyedari bahawa rohmu sangat kontang. Dan untuk itu, kau harus segera sirami ia dengan titisan-titisan cinta dari ayat-ayatNya.
"Ya ALLAH.. Aku ingin menangis. Meluahkan segala yang terpendam didalam hati. Tiada tempat untuk aku meluahkan, selain kepada Engkau. Kerana Engkaulah Pendengar yang setia buat diriku. Engkaulah tujuanku.. Dan aku menikmati hidupku hari ini, semuanya adalah belas ihsanMu ya Rabb. Tabahkanlah hatiku, sebagaimana Engkau memberi ketabahan kepada Saidatina Khadijah yang mengorbankan segala kepentingan diri, demi tertegaknya Islam di muka bumi. Berikanlah aku kesabaran, sebagaimana Engkau memberi kesabaran kepada Saidatina Fatimah yang menahan lelah demi tanggungjawab dan kemuliaan seorang isteri. Berikanlah aku ruh perjuangan yang tidak pernah sepi, sebagaimana Engkau kurniakan kepada Allahyarhamah Zainab Al-Ghazali juga Allahyarhamah Ustazah Yoyoh Yusroh yang sentiasa menjadi penggilap semangatku untuk terus thabat di atas jalan ini. Juga, Engkau sampaikanlah salamku ini buat junjungan besarku Nabi Muhammad saw, kekasih yang Engkau cintai..."

No comments:

Post a Comment