Dunia penulisan saya
Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menambahkan lagi artikel dalam blog yang tidak seberapa ini. Banyak idea yang ingin dicurahkan dalam penulisan, namun sukar benar untuk memulakan. Nampaknya ilmu untuk mencoret sesuatu artikel adalah perlu, bukan mengarang 'ikut suka hati' yang kadangkala objektif yang ingin disampaikan tidak sampai kepada mad'u (orang yang ditarget) dan akhirnya terkubur begitu sahaja. Meminjam kata-kata hikmat Ukhti Atriza Umar,
"Jika ingin menjadi penulis, mulalah menulis apa saja, setiap hari. Hingga fikiran, hati dan tangan terbiasa berlatih dalam ritme yang sama. Langkah seterusnya.. membaca, membaca dan membaca"
Tangan terasa ringan untuk menulis. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membuka blog The World Of Islamic Education ini. Hari ini, saya ingin berbicara akan hakikat DUNIA PENULISAN saya.
Saya tidak pasti tarikhnya. Tetapi, sewaktu kecil saya suka membaca. Sangat menyukainya sehingga segala jenis buku yang berbahasa melayu akan habis saya baca. Saat yang paling menyeronokkan untuk membaca ialah ketika makan. Hobi saya, hatta ketika makan nasi, saya akan mencari sesuatu untuk dibaca. Tabiat itu agak sukar untuk dikikis.
Ketika pulang ke kampung, sepupu-sepupu saya suka membeli buku MASTIKA yang memuatkan kisah-kisah seram yang entah benar ataupun tidak, wallahualam. Saya akan bersandar di kerusi sambil membaca sehingga tertidur. Begitulah kehidupan saya ketika mula-mula berjinak dengan dunia penulisan. Mungkin disebabkan ini, saya disifatkan agak pendiam oleh kawan-kawan. Sifat yang suka menyendiri bermula apabila usia saya mula menginjak pada umur 11 tahun.
Pernah suatu ketika, saya mencari-cari dua ekor kucing kesayangan saya di sekeliling rumah. Rupa-rupanya mereka tidur di atas atap bahagian dapur. Apa lagi, dengan tangkasnya saya memanjat pokok di sebelah dapur dan tidur di atas atap bersama mereka. Teruk bukan? Namun, saat itu, ketenangan mula menjalar diseluruh tubuh melihatkan langit yang terbentang luas di angkasa. Jelas dalam memori saya, awan-awan yang berubah bentuk, langit yang entah ke mana penhujungnya. Daripada peristiwa ini, saya jadi tidak banyak bercakap walaupun dengan keluarga apatah lagi ibu ayah. Saya banyak bersendirian, berkurung diri di dalam bilik dan banyak berfikir.
Sebelum berminat untuk pergi jauh dalam dunia penulisan, saya sangat suka melukis tetapi kurang suka untuk mewarna. Saya tidak pandai untuk menggabungkan warna yang sesuai. Pada waktu itu, melukis adalah hobi yang paling saya suka untuk meluahkan perasaan. Saya akan menconteng buku-buku abang-abang saya dan memenuhkannya dengan kartun juga permandangan.
Namun, apabila melangkah ke alam sekolah menengah. Waktu tingkatan satu, saya masih lagi setia dengan hobi melukis. Sehingga terhasilnya satu komik berkenaan pelajar-pelajar kelas saya. namun, komik itu telah hilang. Sedih betul...
Daripada melukis, saya mula mengubah hobi saya kepada menulis. Saya tidak suka menyimpan perasaan. Apabila saya ingin meluahkan sesuatu, saya akan menulis semua yang saya ingin luahkan dalam helaian kertas. Tetapi, saya tidak menyimpan kertas itu, sebaliknya saya akan membuangnya. Dan kemudian, saya akan berasa lega. Mudah bukan? Itulah diri saya.
Pencetus inspirasi kepada saya ialah guru saya. Puan Rohana Mostar. Seorang guru yang mengajar bahasa Malayu ketika tingkatan 4. Masih tersimpan kemas dalam kenangan saya, dia memuji bahasa yang saya gunakan ketika saya menulis satu ayat untuk karangan di papan putih. Katanya, "Ini yang kita mahukan, bahasa yang matang." Kembang kempis saya dibuatnya apabila dipuji di dalam kelas. Pujian ini menyebabkan saya semakin giat berusaha. Terima kasih CIKGU..
Pernah suatu ketika, sahabat saya menegur.
"Eleh enti.. Respon pada isu-isu yang remeh temeh. Cuba respon pada isu yang berat-berat sikit.."
Terdiam saya.
Namun, teguran yang bersifat gurauan ini mencambahkan fikiran saya untuk berfikir dengan lebih jauh. Apatah lagi orang yang memberi teguran kepada saya itu saya labelkan sebagai 'guru' saya dalam dunia penulisan ini. walau kadangkala saya tidak mampu berfikir dengan lebih kritikal terhadap isu yang global, tetapi guru saya ini terus memberi semangat untuk melatih saya. Terima kasih CIKGU...
Satu perkara yang membangkitkan semangat saya untuk terus berkarya ialah kerana PERJUANGAN PEJUANG ISLAM KONTEMPORARI dalam menyebarkan fahaman dakwah telah berjaya mempengaruhi diri saya. Dengan hasil karya Islami dan Haraki mereka, tumpuan dakwah bukan sahaja tersebar dikalangan orang yang terdekat sahaja, tetapi jauh menyelusuri lautan menuju ke nusantara. Dan tanpa disedari, gerakan Islam semakin rancak bertapak di Indonesia, Malaysia. Lihat sahaja sejarah penubuhan PAS oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy, gerakan yang bermula dengan nama Hizbul Muslimin itu akhirnya diharamkan oleh Inggeris kerana momentumnya yang agak radikal tetapi akhirnya menjadi fore runner kepada PAS itu sendiri. Ketegaran dan semangatnya diabadikan oleh Dr. Chandra Muzaffar dalam bukunya The Awaking of Islam;
Anda pernah mendengar nama ini? IKHWANUL MUSLIMIN.... Sebuah gerakan Islam yang berpencak hebat di Mesir dan roh harakah inilah yang mencetuskan penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu. Penerajunya ialah Assyahid IMAM HASSAN AL-BANNA. Insan ini banyak memberi inspirasi kepada saya. Bayangkan tulisan almarhum dikeluarkan setiap hari dalam surat khabar Ikhwan dimana tulisannya padat dengan ayat-ayat Al Quran, Hadith dan juga syair Arab klasik.
Jadi, untuk menjawab persoalan 'kenapa saya perlu menulis?', cukup mudah. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam. Bukan pemula, bukan juga pengakhirnya. Tetapi, penyambungnya. Dengan medium penulisan, dengan mudah Islam tersebar kepada anak bangsa yang kian kontang dengan fahaman agama Islam yang syumul.
Apa halangan yang perlu saya lalui?
Memetik firman Allah daripada surah Al-baqarah, ayat ke 120 yang bermaksud:
Perbahasan kepada ayat ini boleh dirujuk dalam kitab Tafsir Fi zilalil Quran karangan Syed Qutb mahupun Tafsir Ibn Kathir. Tetapi, apa yang ingin saya sampaikan disini ialah ancaman tetap mengikuti sepanjang perjalanan si dai'e. Ancaman itu daripada segenap sudut, daripada segenap segi, daripada segenap bentuk. Bak bayang-bayang yang setia dengan objek yang legap. Namun, satu perkara yang pasti: "pertolongan Allah tetap bersama bagi penegak kebenaran, penghapus kebatilan."..
Fahaman sekularisme kian melarat, menjangkiti ummah. Orang Islam sendiri yang menentang? Bukan satu persoalan yang pelik, tetapi ini realitinya. Minda mereka didoktrin oleh fahaman keparat yang berusaha menjatuhkan Islam.
Bila mula-mula berjinak dengan DUNIA penulisan?

Siapa yang memberi galakan?

Kenapa saya perlu MENULIS?

"even in an earlier period, in the 1950's PAS leader like Burhanuddin al-Helmy and Zulkifli Muhamad were strongly critical of foreign, western control dominance of the economy and culture."
Anda pernah mendengar nama ini? IKHWANUL MUSLIMIN.... Sebuah gerakan Islam yang berpencak hebat di Mesir dan roh harakah inilah yang mencetuskan penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu. Penerajunya ialah Assyahid IMAM HASSAN AL-BANNA. Insan ini banyak memberi inspirasi kepada saya. Bayangkan tulisan almarhum dikeluarkan setiap hari dalam surat khabar Ikhwan dimana tulisannya padat dengan ayat-ayat Al Quran, Hadith dan juga syair Arab klasik.
Jadi, untuk menjawab persoalan 'kenapa saya perlu menulis?', cukup mudah. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam. Bukan pemula, bukan juga pengakhirnya. Tetapi, penyambungnya. Dengan medium penulisan, dengan mudah Islam tersebar kepada anak bangsa yang kian kontang dengan fahaman agama Islam yang syumul.
Apa halangan yang perlu saya lalui?
Memetik firman Allah daripada surah Al-baqarah, ayat ke 120 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."
Perbahasan kepada ayat ini boleh dirujuk dalam kitab Tafsir Fi zilalil Quran karangan Syed Qutb mahupun Tafsir Ibn Kathir. Tetapi, apa yang ingin saya sampaikan disini ialah ancaman tetap mengikuti sepanjang perjalanan si dai'e. Ancaman itu daripada segenap sudut, daripada segenap segi, daripada segenap bentuk. Bak bayang-bayang yang setia dengan objek yang legap. Namun, satu perkara yang pasti: "pertolongan Allah tetap bersama bagi penegak kebenaran, penghapus kebatilan."..
Fahaman sekularisme kian melarat, menjangkiti ummah. Orang Islam sendiri yang menentang? Bukan satu persoalan yang pelik, tetapi ini realitinya. Minda mereka didoktrin oleh fahaman keparat yang berusaha menjatuhkan Islam.
Yakin dengan janji Allah..
Janjinya pasti..
Halangan perlu ditempuhi...
Akhirnya, saya sentiasa teruja dan berlapang dada jika ada yang ingin menyangkal artikel saya ini. Sebelum azan isyak berkumandang, cukuplah para pembaca tahu bahawa MENULIS MERUPAKAN SATU BIDANG YANG TIDAK MUSTAHIL BAGI SETIAP JIWA YANG MEMINATINYA..
"Write from your heart, write from your soul, Make the best of your talent and don't ever let it go not for anything..."
Nufaza
Tanjung Malim, Perak.
8:32 p.m.
Salam,
ReplyDeleteSatu perkongsian yang menarik...Hobi kita masa kecil-kecil dulu agak sama...Benar, bahana hedonisme dan materilsm yang membara sekarang banyak membawa kepada kelekaan dan ketidakpekaan umat islam terutamanya remaja..Justeru, golongan yang tersedar wajar memainkan peranan...Aku gembira ada sahabat sepertimu..Salam ukhwah dari anak jati tausug Sabah...
Penulis itu adalah pejuang dan doktor..
ReplyDeletePejuang yang melepaskan peluru-peluru untuk membunuh jahiliyyah di dalam diri manusia..
Doktor yang merawat ummah yang sedang 'tenat'..
Perkongsian daripada: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-penulis-itu-adalah.../
Suatu saat, Assyahid Syed Qutb pernah merasa kecewa dengan segala himpitan regim Gamal Abdul Naseer semasa berada di penjara Mesir. Assyahid terfikir, mahu sahaja dipegangnya senjata dan menembak musuh di luar sana untuk menyelesaikan segala masalah. Namun, pantas dibelek kembali segala tulisan yang pernah dipahatkan segala idea dan pemikirannya sendiri, lalu dia sedar bahawa perjuangannya tatkala itu adalah melalui mata pena. Dan akhirnya, lahir sebuah karya Fi Zilalil Quran yang menjadi rujukan ummat hari ini daripada seorang pejuang yang jasadnya terperangkap di sebalik jeriji besi, namun pemikirannya jauh menerobos langit dan bumi.. Wallahua'alam..
ReplyDelete