Friday, February 26, 2010

Muhammad Ibnu Abdullah

Hari ini genap 12 Rabiulawal 1430 H. 
Tarikh kelahiran kekasih Allah S.W.T juga ummat manusia.
Maulidur Rasul..
Ramai yang tahu akan kisah kelahiran Muhammad Ibnu Abdullah, namun berapa ramai yang tahu detik-detik terakhir Rasulullah?
Nabi disambut dengan saat penuh gembira oleh seluruh manusia di bumi Makkah tatkala itu, namun siapa tahu bagaimana perasaan sahabat-sahabat Rasul apabila terpaksa menelan hakikat bahawa mereka akan berpisah dengan baginda buat selama-lamanya..

Wednesday, February 24, 2010

Syahidnya PejuangMu Rabbi

Alhamdulillah. 
Pada malam yang hening ini, angin malam menderu di sekitar kediaman Proton City ini.
Angin . . .
Zahirnya tidak dapat dilihat, namun kewujudannya dapat kita rasai. Begitulah jua Rabb kita. WajahNya tidak dapat digambarkan dan tercapai dek akal fikiran kita yang terbatas ini, namun kewujudanNya bisa dirasai dengan memerhati alam ini. Ada kuasa agung yang mengendalikan dunia ini yakni Allah. Rasa berTuhan itu sudah menjadi fitrah dalam diri kita walaupun Carl Max sendiri tidak mengakui kehadiran Tuhan akibat fahaman ateins yang membenteng diri, namun saat akhir kematiannya, beliau sendiri mengakui . . .
Ada satu kuasa disebalik perjalanan hidup dunia !

Sengaja saya ingin membawa sahabat-sahabat mengenang kembali wajah-wajah syahid perindu janji Rabbi.

 
Inilah wajah Assyahid Mahmoud

Komander HAMAS ini yang meninggal akibat jenayah terancang yang dilakukan oleh musuh Allah. Kematiaan beliau mengingatkan saya pada Assyahid Imam Hassan Albanna yang juga dibunuh dengan jenayah terancang. Sehingga kini penembak yang telah menembak assyahid masih belum dapat dikenalpasti.

  
Ini pula wajah syahid  Amrozi dan 


 
 Imam Samudera

Wajah syahid pengebom-pengebom Bali ini kelihatan begitu tenang sekali. Apatah lagi 3 ekor burung berwarna hijau tiba-tiba muncul dan terbang di celahan kepulan awan tatkala jenazah-jenazah para syuhada' ini diusung oleh orang ramai di Indonesia.

Dan masih ingatkah anda pada wajah syuhada pejuang Palestin ini ?


 

  


 

 

 

  

Allahuakbar! Wajah mereka yang tersenyum itu ibarat mendapat perkhabaran yang begitu menggembirakan sehingga kesannya terpalit pada wajah syahid mereka.

"Ya Allah. Aku ingin mengikut jejak langkah mereka."

Tuesday, February 23, 2010

Cinta Teragung

Terusik hati tatkala menghayati bait lirik yang dinukil dalam nasyeed dendangan kumpulan Mestica..

 

" Curah air ke tebing tinggi,
   Tumbuh pohon indah berseri,
      Dahannya teguh berdaun hijau,
         Akar kukuh di tanah subur.
 
Tersusun rapi tiada bertingkah,
      Rumpun alam seiring bersama,
          Itu petanda ada pencipta,
               Singkap tauhid pada manusia."

Alam yang telah diciptakan Rabb telah membuktikan kewujudan Tuhan Yang ESA. Tiada dua Tuhan yang mentadbir alam ini. Sama juga perumpamaan seperti dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapal. Jika seorang ketua, anak kapal pasti akan mengikut perintah. Tetapi, jika dua orang ketua yang memberi arahan, bukankah akan terjadi kekeliruan dan akhirnya pertelingkahan. Itulah petanda bahawa kita memerlukan seorang Tuhan bukan dua mahupun tiga.
Petanda kekuasaan Allah berada di sekeliling diri kita. Namun, tidak sama orang yang buta dan orang yang celik.. Wujud di dunia ini orang yang tahu, tetapi buat-buat tak tahu. Mereka nescaya telah dibutakan hati oleh Allah untuk melihat kebenaran kerana mereka ingkar terhadap hukum Allah.

Sahabat, sama-sama kita refleksi diri. 

''Dimana kita letakkan cinta Allah dalam hati kita?"

Terlalu alpa kita mencintai insan sedangkan cinta Allah yang agung ini tidak pernah wujud dalam hati kita..
 

"Rabbi, andai kami menyembahMu kerana syurga yang penuh nikmat, masukkanlah kami ke nerakaMu. 

Dan andai kami menyembahMu kerana neraka yang penuh azab, lemparkanlah sahaja kami ke sana kerana takut dan kasih kami bukan untukMu tetapi untuk makhluk ciptaanMu.. 

Rabbi, terlalu lemah kami dalam berdiri. Teguhkan iman kami. 

Kami terlalu ingin bertemu dengan Engkau, pencipta diri kami."

Tudung Labuh ATAU Tudung Kecil?

Alhamdulillah.
Masih lagi diberi kesempatan untuk mengemaskini artikel dalam blog. Saya sebenarnya lebih suka untuk mengarang artikel sendiri, walaupun kadangkala artikel karangan saya langsung tidak menggambarkan nama blog saya sendiri 'The World Of Islamic Education'. Tapi tidak mengapa, ini kan blog saya =)
Kali ini saya ingin membawa pembaca untuk menyentuh akan soal TUDUNG.

Kenapa TUDUNG?

Kerana tudung inilah menjadi penghijab akan kecantikan seseorang hawa ciptaan Allah daripada nafsu dunia.
Ini pandangan saya. Tetapi apa yang paling penting, hukum menutup aurat telah termaktub di dalam mukjizat terunggul yakni al-Quran sendiri. Yang mana perintah Allah terhadap menjaga maruah diri menjadi suatu yang paling utama.

Bercerita akan soal tudung ini memutarkan benak saya pada akhir darjah enam dahulu. Ketika menghadapi dilema untuk memilih sekolah asrama mana yang lebih baik. Tiga surat daripada sekolah menengah agama dan satu daripada sekolah asrama penuh. Pada mulanya, saya membuat keputusan untuk ke KOSPINT kerana ada sahabat juga yang terpilih untuk ke sana, selepas ramai pula sahabat yang mahu ke SMA Kuala Abang, saya pula mahu ke sana. Sedangkan surat daripada asrama penuh Sains Dungun sudah menjadi tempat adik-adik kecil saya menunjukkan bakat melukis mereka.

Bersemangat pula saya mahu ke SMA Kuala Abang kerana saya memang bercita-cita untuk ke sekolah menengah agama sebelum ini. Ibu saya sudah menyiapkan sepasang tudung labuh berwarna hitam, dan itulah pertama kali saya mengenakan tudung labuh. Masha'Allah.. Hanya mereka yang memakainya mampu menyatakan perasaan indah ketika mengenakannya. Tenang, terasa jauh daripada pandangan mata adam yang memandang.
Namun, selepas itu bapa saudara menyuruh saya ke sekolah asrama penuh. 
saya berfikir panjang...

Tawaran sekolah sains menempatkan saya sebagai Status Projek Khas, yakni tidak perlu membayar yuran sekolah juga asrama, sedangkan yuran sekolah yang lain agak mahal. ibu dan ayah pula bukanlah mampu menanggung yuran yang tinggi pada saat itu. Lalu, saya akhirnya memilih Sekolah Menengah Sains Dungun.
Di sana, saya masih memilih untuk memakai tudung labuh untuk ke prep petang dan malam. Walaupun selalu diperlekehkan, dan tudung saya menjadi senda gurau kawan-kawan sekolah, tetapi saya langsung tidak peduli. "Superman" pun disamakan dengan tudung saya. Hehe, kadang-kadang kelakar pula. Dan Alhamdulillah, ramai pula sahabat-sahabat saya yang memakai tudung labuh. Walaupun sekolah kami bukan sekolah aliran agama, tetapi cukuplah pengisian yang diberi saban masa tatkala menuntut ilmu di sana dahulu mematangkan diri untuk menjadi yang lebih baik. 

Ok.. Jom kita sambung lagi perbicaraan kita.
Suka untuk saya menyatakan bahawa Solehah Itu Bukan Terletak Pada Labuhnya Tudung. Ya. Inilah kebenarannya. Kerana sebelum kita mengukur berapa inci labuhnya tudung kita, persoalan utama yang perlu ditanya ialah kenapa perlunya kita memakai tudung?

Petikan daripada blog seorang sahabiah, ainatulsholehah.blogspot. 

"Ukuran solehah mungkin berbeza pada setiap orang, namun bagi saya solehahnya seorang muslimah itu terletak pada keupayaannya memenuhi perintah Allah dan menjauhi setiap larangan Allah serta mengamalkan segala ilmu yang diperolehinya. Tudung biasa selain tudung labuh tiada salahnya selagi memakainya dengan sempurna. Oleh kerana itulah, solehahnya seseorang itu bukan pada labuhnya tudung tetapi perlu diingat bahawa menutup kepala dengan sempurna mengikut syariat Allah adalah salah satu bukti kesetiaan kita sebagai hamba untuk melakukan yang terbaik kerana Allah. Bukannya mengikut keinginan semata-mata."

"Andai boleh, saya ibaratkan tudung labuh seperti memakai uniform. Lihat seorang pegawai polis yang keluar berhadapan dengan masyarakat dengan memakai uniform polis. Dengan sendirinya dia cuba menjaga imej sebaik mungkin pada pandangan umum, kerana dia tahu dia seorang polis dan selayaknya dia beperkerti mulia dan menjaga tatasusila sebagai seorang pegawai polis. Namun mungkin sedikit berbeza seandainya pegawai polis tersebut keluar berhadapan dengan orang ramai dengan berpakaian biasa. Pasti tindakannya pun berbeza kerana dia tidak lagi menjadi tmpuan orang kerana dia menanggalkan identitinya iaitu uniform polis. Begitu juga muslimah yang bertudng labuh, dia membawa identitinya sebagai seorang yang berkomitmen dengan agama. Orang sekitar menganggapnya seorang yang tahu hukum dan batasan syariat. Sedikit tersilap langkah pasti tercalar imejnya yang bertudung labuh. Oleh kerana itulah muslimah yang bertudung perlu tahu hakikat dia bertudung. Bukan sahaja membawa imej sendiri malah dia turut membawa imej Islam."

Saya agak bersetuju dengan pendapat sahabiah kita. Muslimat yang memakai tudung labuh sebenarnya membawa imej wanita Islam. Walau barat menghamburkan wanita Islam yang memakai tudung sebagai ekstremis, namun tuduhan mereka seharusnya tidak memberi kesan kepada kita yang benar-benar ingin merealisasikan cara hidup Islam yang mengikut syariat.

Allahuakbar! Saya jadi teringat akan seorang sahabat satu kuliah saya. Daripada tudung bawal yang menampakkan susuk kepala, dia muncul dengan imej tudung bawal juga, tetapi jenis yang tebal dan labuh. Alhamdulillah, dia semakin istiqamah dengan pakaian yang menutup aurat. Pernah satu kali, saya membuat isyarat tangan 'best' kepadanya sambil tersenyum, lalu apa yang dijawab, "Alhamdulillah.. Rasa lebih tenang." Senyum kambing saya mendengar kalimah 'tenang' itu. Berbisa... 


Hakikatnya, dalam isu Tudung ini, kita perlu lebih faham tujuan sebenar pemakaian tudung. Adakah kita sekadar mengikut trend, ikut-ikut ayam atau kita sebenarnya faham akan makna sebenar yang tersirat disebalik perkataan Tudung itu sendiri.. =)

Saturday, February 20, 2010

Hanzalah ku..



Suatu ketika, aku terdengar Kak Nazira menyebut dia Hanzalahku. Aku mungkin pernah terdengar akan nama Hanzalah. Terdengar pula tajuk nasyid 'Hanzalah' yang didendangkan oleh kumpulan nasyid terkenal Rabbani. Akhirnya aku berjumpa dengan kisah Hanzalah ini di sebuah laman web. Hanzalah, mujahid yang setia pada panggilan Kekasih Abadi walau terpaksa meninggalkan isteri yang baru sahaja dikahwini. 

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.
Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.
Tanpa membuang waktulagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.
maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”
Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.
subhanallah…

Friday, February 5, 2010

Marah

Hari ini, hati terasa panas. Badan terasa dihempap batu yang besar. Nafsu amarah seakan menguasai diri. Ibarat api dalam sekam, sedikit demi sedikit mampu menghasilkan api yang marak. Aku mengerti, marah akan memakan diri sendiri. Namun, aku bagaikan lupa marah itu berasal daripada mana.
Astargfirullah.. Aku beristirghfar...
Aku tidak layak untuk berasa marah, kerana Dialah yang lebih berhak untuk marah, untuk murka terhadap hamba yang ingkar.
Aku termenung..
Mengimbas kembali kesan kepada amarah. Pernah terpampang di dada akhbar seorang lelaki yang mati ditembak oleh anggota polis akibat mengamuk. Kejadian ini berlaku di utara tanah air. Kerana ditinggalkan rakan dan terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah hampir 50 kilometer, rasa marah mengakibatkan lelaki tersebut nekad untuk menetak sahabatnya dengan parang. Semuanya kerana marah.
Allahurabbi, lindungi aku perasaan amarah..