Thursday, September 17, 2009

Perginya Dikau

Malam 28 Ramadhan ini kian sunyi dengan keriuhan suara pelajar-pelajar UPSI di Kolej Kediaman Za'ba ini. Apatah lagi, cuma satu saf muslimat sahaja mengerjakan solat terawih di Surau al-Falah tadi. Mahasiswa mahasiswi pantai timur, pantai barat, utara mahupun selatan mula beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya teringat akan hari pertama berpuasa di sini, ramainya pelajar kediaman Proton City ini sehingga semasa hendak mengerjakan solat terawih terasa seperti berada di padang mahsyar. Allahuakbar.. Andai ini bilangan yang mampu memenuhi surau sewaktu solat subuh, kemenangan pasti akan berpihak kepada umat Islam. Islam tidak akan pasti diperkotak-katikkan seperti hari ini
Hari kemenangan yakni Eidul Fitri kian tiba, ramai yang sedang bergembira, tetapi hati saya seakan gelisah. Mungkinkah kerana saya rasa rindu untuk melepaskan pemergian Ramadhan kali ini? Atau mungkin kerana saya telah mempersia-siakan Ramadhan kali ini? Jawapannya termaktub dalam hati saya sendiri. Ramadhan adalah bulan yang berbahagia bagi saya, kerana saya dilahirkan dalam penghujung bulan yang mulia ini. Namun, perhatikanlah insan yang telah pergi menemui Ilahi sebelum ini, tarikh kelahiran adalah sama dengan tarikh kematian. Mungkinkah? Wallahualam, semua itu adalah perancangan Allah SWT. Seandainya hari ini saya masih terleka dengan dunia, masih adakah lagi ruang untuk saya berbahagia di akhirat? Saya ingin mengorbankan kesenangan hidup dunia saya untuk rahmat Allah di akhirat, sebagaimana pejuang-pejuang Islam zaman terdahulu.
Ustaz Dusuki pernah berkata, "Berpenatlah didunia untuk berehat diakhirat."
Pernah suatu ketika, saya berbual dengan seorang sahabat. Dia bercerita akan perihal abangnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan 16 tahun dahulu, semasa abangnya itu berusia 20 tahun. Saya ikuti kisahnya sehinggalah dia mengatakan bahawa abangnya pernah hadir dalam mimpinya sambil menangis dan bertanya kenapa tidak dibacakan ayat suci al-Quran untuk disedekahkan padanya. Hati saya tersentak. Ingatan saya mengimbau insan-insan yang telah pergi meninggalkan kehidupan dunia ini. Kita tidak tahu akan nasib kita pada masa yang mendatang. Kematian datang secara tiba-tiba. Jadi, mulai saat ini, berhati-hatilah akan setiap tingkah laku yang dizahirkan mahupun niat yang terpalit pada hati. Hindarkanlah dosa yang akan memudarkan cahaya yang ada pada hati. Semoga kematian yang pasti dirasai oleh semua makhluk yang bernyawa menjadi kematian yang sangat dirindui sebagai pembuka jalan untuk bertemu Kekasih abadi.
Katakanlah kepada saya siapa yang tidak mahu bertemu Tuhan Yang Menciptakan kita?
Katakanlah kepada saya siapa yang tidak mahu bertemu dengan Rasul dan para sahabat yang menyampaikan risalah dakwah Islamiah ini buat kita?
Katakanlah kepada saya siapa yang tidak mahu tahu akan Syurga sebagaimana yang telah digembar-gemburkan dalam al-Quran?
Katakanlah kepada saya siapa yang tidak percaya bagaimana dasyatnya Neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada Jin dan manusia?
Dan,
Katakanlah kepada saya siapa yang tidak mahu tahu akan wajah Allah yang Mulia kerana wajahNya tidak sama dengan makhluk yang dicipta?
Semoga Ramadhan yang kian bersisa ini kita berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu ibadah kita. Tapisan demi tapisan perlu dilalui oleh hamba yang benar-benar merindui Tuhannya kerana tatkala ini insan yang masih setia beribadah semakin kurang bilangannya. Ingatlah bahawa Allah pernah berfirman di dalam al-Quran bahawa sedikit sahaja hambaKu yang bersyukur. Allahuakbar..

Saturday, September 5, 2009

Dunia Pendidikan Islam

       Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman sekalian. Semoga redha Allah bersama kalian. Ini adalah blog saya yang kedua selepas blog Wafa Idris. Walaupun saya mengambil keputusan untuk melupuskannya atas sebab-sebab yang tertentu tetapi, nama Wafa Idris tetap terpahat di hati. Nama seorang mujahidah pilihan Allah yang telah syahid menemui Kekasih yang dirindui, jasadnya hancur lebur membunuh yahudi laknatullah."Syahid adalah cita-cita kami yang tertinggi."
      Bukan mudah untuk menghasilkan blog sebenarnya. Blog adalah sebagai salah satu wadah untuk menyebarkan dakwah. Dan itulah matlamat saya yang utama, semoga saya istiqamah dalam melakukannya.        
       Seperti kata Sheikh Mustapha Masyur: "  Perbaikilah diri kamu, dan ajaklah orang lain." Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa saya perlu menyiapkan diri sebelum bersedia untuk mengubah masyarakat. Tugas seorang pendakwah bukanlah untuk memberi hidayah, seorang da'ie tidak layak untuk menghukum tetapi serulah mad'u (orang yang didakwahkan) kearah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran selari dengan kehendak syariat. Hidayah adalah milik Allah. Seorang wanita yang tidak memakai tudung dan membuka aurat pada hari ini, suatu saat nanti mungkin akan menjadi pendokong agama Allah. Dan tiada jaminan untuk seorang muslim yang menutup aurat hari ini untuk saat dihembuskan nafas yang terakhir nanti mampu menuturkan dua kalimah syahadah. Semua itu adalah bergantung atas rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Allahuakbar.
      'The World Of Islamic Education', membawa saya untuk melayari kehidupan seorang pendidik yang akan menegakkan syariat Allah dalam dunia pendidikan. Al-Quran dan Sunnah sebagai asas kepada pendidikan yang bakal melahirkan pemimpin-pemimpin sehebat para sahabat, tabi' dan tabi'in. Sehebat generasi Sultan Salahuddin Al-ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, HAMKA dan ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang memberi suntikan kepada kebangkitan umat Islam. Hakikat sistem pendidikan hari ini yang mula diresapi dengan ideologi-ideologi yang jelas mahu menghancurkan umat Islam harus dimansuhkan walaupun mendapat tentangan daripada orang Islam sendiri!